Google

11 June, 2003

pengalaman umrah

Assalamualaikum wbt...

First skali nonie nak mengucapkan syukur kepada Allah SWT sbb dah selamat pergi & kembali dari menunaikan ibadat umrah dgn family nonie…. Apa yg nonie boleh katakan dgn pemergian nonie ke sana memang seronok!!!! & nonie sentiasa berdoa kat sana supaya dimurahkan rezeki & diberikan peluang kepada semua sedara mara & sahabat handai nonie yg belum berpeluang untuk mengunjungi tempat² suci lagi istimewa tu untuk dapat ke sana di masa yg terdekat nie…. Pada yg dah pernah pergi tu nonie percaya mesti nak pergi lagi punya!!! Serious!!! Bak kata sorang mak cik tu… sekali kita lambai kaabah, 10 kali dia melambai kita…. So kat sini, nonie tryla yg terbaik nak menceritakan pengalaman nonie selama 10 hari menjadi tetamu Rasulullah & tamu Allah di kota Madinah & kota Mekah

29 Mei 2003 – Khamis malam Jumaat

lepas Asar sesudah semua org bersiap² mandi & solat sunat safar, nonie sefamily pun bertolak ke rumah pak uda kat Bangi… dah berjanji dengan dia nak menghantarkan kitaorg ke KLIA, & pada masa yg sama abah amanahkan pak uda hantar kereta abah utk di repair & servis sepanjang 10 hari kitaorg takde nie… sampai je kat umah uda ramai rupanya yg dah menunggu, biasala family nonie nie meriah… satu family yg nak pergi, menghantarnya 5 family… semua tumpang gembira dgn pemergian kitaorg menunaikan umrah tu & cam biasa semua mintak doa macam²…

lebih kurang pkul 7 kitaorg semua pun bertolak ke KLIA & solat Maghrib kat sana… flight kitaorg kul 10.30, tapi org pakej tu suruh kitaorg get ready kat airport tu 3 jam sebelum berlepas… jadik berbondong² la kitaorg menunggu kat airport tu… sempat gak pi makan² beramai² kat cafeteria… pkul 9.30 kitaorg sefamily ready utk masuk ke balai berlepas… mula semua berpeluk²an & ader yg start dah meleleh air mata…. Masa tu jugak mula jumpa ngan ahli² pakej yg lain…. So sama²la kitaorg turun dari eskelator menuju ke balai berlepas… kat atas org dok terjerit² melambai²… sedih gak masa tu… tapi control… heheh lagi besar rasa excited nak menjadi tetamu Allah.

So semua ahli² pakej seramai 12 org tu lepak la kejap kat balai berlepas tu & berkenal²an seblum naik kapal terbang… pakej tu ader family nonie 4 org, satu family cikgu suami isteri dengan anak diaorg 4 org, & 2 jejaka, sorang dah kawin, sorang bujang… dihantar company diaorg…. Ish best btul company tu…. Nama travel agency kitaorg nie Titian Permata travel agency jiran seblah rumah nonie… so senang la nak buat deal apa²… pakej kitaorg 10 hari jer… RM3300 pakej ekonomi… sesuaila utk org² sederhana cam kitaorg nie nak bawak satu family pergi… ader gak pakej yg lain sama berlepas ngan kitaorg nie, tapi dgn bilangan yg lagi besar…. Rasanya best gak group kecik nie… senang nak ikut & berkumpul kemana²… kitaorg semua naik Yemenia Airlines

yg akan transit di Dubai & Sana’a seblum sampai ke Jeddah… Pkul 10.30 semua pun selamatla naik kapal terbang & memulakan perjalanan…. Sepanjang perjalanan nonie berdoa agar kami semua selamat sampai…Amin!

Sepanjang dalam kapal terbang tu cam biasala takde keje lain… makan ngan tido jella… separuh isi kapal terbang tu penuh ngan org² yg nak menunaikan umrah… lagi lagi separuh penuh ngan pembantu rumah Indonesia… rupa²nya ramai gak diaorg nie jadik maid org Arab… lebih kurang 5 jam kot lepas berlepas, stop kat Dubai isik minyak kejap…sejam kot lebih kurang… tapi kitaorg tak turunla… pramugari ngan ½ maid tu jek turun kat Dubai tu… heh lupa… pramugari Yemenia tu pun ramai Indonesia… ingatkan org Yaman/Arab jek… hehe bagus btulla diaorg nie… merata dunia rajin carik rezeki… dah habis isik minyak, sambung perjalanan makan lagik…. Heh perut nonie nie bukannya betul… mintak² jgnla dia buat hal…. Satu hal, ader ke patut aircond kapal terbang tu ala² hidup segan mati tak mau… heh berkipas tu dalam kapal terbang…. Sib baikla tak pakai sweater… dugaan..dugaan…

30 Mei 2003 - Jumaat

Lebih kurang 3 jam pastu sampai plak kat Sana’a Airport… dalam pukul 3 ke 4 pagi waktu Yaman tulla…. kali nie kitaorag kene turun utk transit selama 3 jam sebelum bertukar kapal terbang ke Jeddah… semua turun terpisat²… kesian gak tgk mak cik² tua yg dlm pakej umrah yg lain tu… mesti penat giler sepanjang perjalanan… kitaorg yg muda nie pun penat… ader yg muntah dlm flight tadi rasanya… hehe sian mak cik… dugaan…. Sampai kat airport tu semua pakat berebut toilet… isk toksah nak compare la ngan KLIA kan… sedih gak ngan toilet dia… ader 4 jer… 2 lelaki, 2 pompuan yg turun satu kapal terbang camna tu…. Ngan nak ambik air smayang nya lagik… bau toksah kata la… tapi nak buat camna, takde alternative lain, terpaksala bersabar & beratur jella menahan rasa nak terkucil tu…. Hehe ader maid Indonesia yg dasyat, main rempuh jer toilet lelaki…. Sabo jella pak cik… ekekek

Pukul 6.30 pagi kitaorg pun mula bertolak dari Sana’a dgn kapal terbang yg lebih kecik & selesa sket.. barula terasa nikmat naik kapal terbang… aircond dia pun sejuk… heheh & yg mesti… makan lagik!! Masa tu kat sana dah terang benderang cam pkul 8 ke 9 pagi… bukan cam kat mesia nie, kul 6.30 nak bangun subuh pun liat!!!

2 jam kemudian sampai kat Jeddah… baru pukul 8.30 pagi… pergh!!! Panas dah macam tengahari!!! Kat sana kitaorg dah ditunggu oleh 2 org ustaz yg in charge pakej kitaorg nie… salah sorang tu memang akan menemani kitaorg sepanjang 10 hari nie… namanya ustaz syaifuddin dari Indonesia gak… muda lagik… muda dari nonie umur 22 thn jek.. tapi dengar dia baca ayat² suci & bercerita tentang madinah & mekah, terrer betul!!! Terimpress kitaorg…

dari Jeddah meneruskan perjalanan ke madinah dengan coaster/van jer since kitaorg group yg kecik… sib baikla selesa la jugak & aircond nya sejuk… so takdela rasa penat sgt perjalanan tu… van dibawak oleh sorang pemandu sudan Faisol nama dia… memang pemandu berhemah… bawak kat highway dlm 60-80 km/j jer…. Heheh malangnya seperti yg diduga cam biasa perut nonie mula buat hal…. Asal jalan jauh mulala dia!!! Lagi² plak dlm keadaan panas terik camnie… isk tak tentu arah rasanya…

perjalanan dari Jeddah ke Madinah lebih kurang 8 jam…. Berhenti kejap dekat R&R dia (tak taula kat sana panggil apa…) utk makan & smayang jamak zohor & asar… tak sempat pun nak sembahyang Jumaat sbb bermusafir…. makanan pun dah siap di packkan oleh pakej…. Tapi nonie dah melepet dah sepanjang perjalanan tu… terlentuk jerk at bahu mak… makan pun dah tak lalu… mulala nak muntah² & mengeluarkan sisa toksik… ngeeee… penat….

Sampai Madinah lebih kurang pukul 5 ptg… terus check in kat hotel… Hotel kitaorg nama Alam Palace… taraf biasa jella… padanla ngan pakej kitaorg… tapi ok, selesa la gak… ader 4 katil cukup utk nonie sefamily… & yg penting air cond dia memang sejuk betul… al maklum negara panas… heheh dari tingkap bilik nampak sebahagian dari Masjid Nabawi… memang cantik!

Kiranya takla berapa jauh dari hotel kitaorg tu… dekat jek jln kaki… since kitaorg dah smayang asar jamak, sementara nak tunggu maghrib kitaorg lepak², kemas² mengfresh kan diri… & turun la kejap jalan²…. Memang panas betul! Muka terasa cam berdiang kat tepi kawah… padanla diaorg pakai tutup muka tu…. Bila nak dekat masuk waktu maghrib terus jella pegi ke masjid….

Kat setiap pintu masuk masjid tu memang ader pengawal yg menjaga… check setiap org yg masuk nak mengelakkan org bawak masuk barang² tak patut cthnya camera… pengawal lelakinya berpakaian ala² askar (macam Saddam Hussain tu.. hehe) & perempuannya berkelubung hitam nampak mata jer… & berbadge di kiri, kanan kelubungnya tu…

Masjid Nabawi memang cantik…. Subhanallah! lampu²nya, tiang² nya ceilingnya.. semuanya cantik…. Semua bergilap sentiasa & berukir² dgn nama Allah… dlm masjid byk terdapat tong² air zam² dibawa khas dari Mekah…. Asal dahaga jer, minumla berapa gelen sekali pun.. takde siapa nak melarang…. Tempat ambik air sembahnyang ader di luar masjid… siap naik eskelator turun bawah tanah…. Memang seronok, rasa tenang jer sepanjang berada dalam masjid tu… ustaz bagitahu… beribadat di Masjid Nabawi nie pahalanya 1000 kali ganda dari biasa… besar pahalanya… Allah Maha pemurah…

31 Mei 2003 – Sabtu

Pagi² lepas sarapan ustaz bawak menziarah tempat² suci & bersejarah di sekitar Madinah… kami dibawa melawat ke masjid² yg dibina oleh Rasulullah & tempat baginda bersolat… antaranya Masjid Quba (ke-empat termasyur selepas Masjidil HAram, MAsjid Nabawi & Masjidil Aqsa) dan Masjid Qiblataini (masjid 2 kiblat satu ke Masjidil Aqsa & satu lagi ke Ka’abah). Melawat juga ke bukit Uhud tempat terjadinya peperangan Uhud dimana terdapatnya Makan Saidina Hamzah & para syuhadah yg terkorban semasa peperangan tersebut… melihat betapa tingginya bukit Uhud & terbayang bagaimana Rasulullah terjatuh dari atas bukit tersebut sewaktu peperangan sehingga Baginda tercedera…

Kebetulan semasa melawat kesitu terdapat sekumpulan jemaah dari Iran yg sedang berdoa di atas bukit (dahulunya tempat pasukan pemanah bersembunyi semasa perang Uhud sebelum mereka meninggalkan bukit tersebut & merebutkan harta hingga menyebabkan kekalahan pasukan Islam dalam peperangan tersebut) berhadapan dengan makam. Diaorg berdoa dgn bersungguh² sehingga mengalirkan air mata beramai² nonie pun sedih gak terasa masa tu lebih² lagi terbayangkan keadaan peperangan tu & macam mana Saidina Hamzah terkorban dan jenazahnya dicacatkan oleh Hindun salah seorg wanita musyrik yg turut memakan hatinya… isk kejam!

Kat kawasan tu jugak ramai org bejual² macam² barang dari tasbih, inai, celak dsbnya… murah²la gak… mak apa lagi… dok membeli la sikit utk dibawa balik kat sedara mara… : )

Kemudian ustaz membawa kitaorg ke pasar kurma… heh shoppingla lagi… kitaorg bershopping kat satu kedai kepunyaan seorg Indonesia… jadik senangla nak tawar menawar sbb paham bahasanya…. Byk gak mak membeli… antara yg mesti dibeli… kurma Nabi… harganya sekilo 50 rial… kalau pandai tawar bolehla dapat 45 rial… tapi sebab kurma nie banyak khasiatnya, takdela berkira nak membelinya pun… nonie just beli beberapa kotak kurma biasa, kurma berbadam & sekilo coklat kurma utk kawan² opis…

Sampai balik ke hotel, ustaz bawa pulak kami yg perempuan utk melawat makan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar di dalam Masjid Nabawi… makam² tu tak dibuka 24jam utk jemaah wanita…. Hanya pada waktu² tertentu saja… sebelah pagi 7.30 hingga sebelum zuhur & sekejap selepas zuhur rasanya…. Untuk jemaah lelaki dibuka sentiasa la… tapi Masjid Nabawi tu sendiri tidak dibuka 24 jam… dibuka sejam seblum subuh & sejam selepas subuh….

tempat terletaknya makam rasulullah

Jadik kami perempuan berempat, nonie ngan mak, & cikgu ngan anaknya pun masukla… kat dalam dah penuh ngan org… kebetulan nonie terlupa nak keluarkan camera jadik ditahan… kitaorg tawakal je tinggalkan camera ngan kasut² dlm beg kat pintu masjid… bila masuk terus kami berjalan mengelilingi makam Rasulullah & sahabat sambil berdoa & memberi salam… & menyampaikan salam sedara mara & rakan²… ramaila mak cik² Arab yg mula menangis² & mencium² tiang dikeliling makan tersebut…. Nonie tgk pun cam terharu la…. Yerla kita semuakan sayangkan Rasulullah…. Lepas ke makam, terus kitaorg try pergi ke Raudhah dgn harapan dapatla kitaorg bersolat di situ… kat Raudhah antara tempat yg paling mustajab utk bersolat & berdoa di sifatkan Nabi sebagai kebun antara kebun² syurga… Alhamdulillah… walaupun ramai nonie & mak dapatla gak menyelit masuk ke Raudhah… yg di tandakan dengan carpet putih berbanding carpet merah dikawasan lain dm masjid…. Memang terasa tenang bersolat & berdoa di situ… Cuma sekali sekala dihimpit & dilangkah dek mak² Arab yg ternyata lebih besar dr kitaorg… tapi anggap jella tu semua dugaan… bila beribadat & berdoa kat situ, otomatik mesti terasa sayu & sedih jer… air mata mengalir tak dapat ditahan²….

Lepas keluar dari masjid terusla kami merayau² sekitar kawasan Masjid tu ade banyak org berjual² beli la serba sedikit utk ole² org kat mesia… antara yg nonie suka kat sini, jubahnya cantik² murah plak tu… nonie ngan mak sempatla beli sepasang dua jubah kat Madinah nie… harganya tak sampai seratus sehelai pun… 20 ke 50 rial pun boleh dapat… kalau kat mesia asal namanya jubah mesti seratus lebih selalunya…. Hari tu walaupun nonie kata nonie tak reti pakai jubah… bila kat sini, tiap² hari pun pakai… sebab seronok tgk semua org pakai… & teringin nak pakai gak bila balik mesia.. hehe ader gak beli jubah yg cantik utk ‘special occasion’ nanti… hehe

Masa nie perut nonie tak berapa sihat gak lagi… apa saja yag masuk walaupun segelas air pasti akan kluar balik la… terukla gak kena muntah² & cirit birit… mungkin tersalah makan masa dlm flight (pi makan yogurt masam) + perubahan cuaca membuatkan nonie tak tahan… tapi Alhamdulillah setiap kali berkunjung ke masjid sakit semuanya hilang… bila sampai hotel je nonie jadik tak sihat balik membuatkan nonie lembik & memang perut tokleh nak terima apa² lansung… so, ustaz pun bawakla nonie pi Hospital Madinah ditemani mak & abah… kat situ dapat skali injection & diberi ubat… (ha merasa masuk spital Arab lansung… hehe) sib baikla lepas tu OK

Sepanjang berada kat Madinah memang lupa segala masalah kat tanah air… dah tak ingat benda lain…. Kitaorg beribadat, & membeli-belah la sket… makan & tido semuanya ditanggung beres… Cuma kadang² teringin ngan makanan diaorg, tryla beli… okla bolehla tahan… tapi sebab tak biasa, rasanya makanan mesia gak sedap.. hehe sib baikla pakej tu sediakan kami makanan melayu…

1 June 2003 - Ahad

Hari terakhir di Madinah…. Pagi² ambil kesempatan melawat ke makam Nabi utk Wada’ (mengucapkan selamat tinggal) & bersolat di Raudhah semula, kali nie rezeki kitaorg lebih baik… tak ramai org, & Raudhah pun agak lengang…. So ambik kesempatan utk duduk di situ lebih lama… kali nie lagi sayu sbb tahu kali nie kali terakhir utk berada di situ… lain kali ntah bila lagi nak kembali… bertambah sedih & sayu sewaktu Wada’ dengan Rasulullah…. Isk memang jadik minah leleh nonie masa tu…

Keluar dari masjid ziarah pulak ke Jannatul Baqi yg berhampiran dgn masjid… lupa nak ziarah sebelum² nie… kebanyakkan isteri² & puteri² Rasulullah dikebumikan di situ… kawasan tu dipagar & didalamnya banyak btul burung² merpati lagi² plak bila org berikan makan di celah² pagar tu…

Kitaorg smayang zohor & asar jamak di hotel & siap memakai ihram utk memulakan perjalanan ke Mekah pada pukul 2.30 ptg…. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 5 jam… berhenti di Bir Ali utk miqat & memasang niat ihram & mengerjakan umrah… sepanjang perjalanan membaca talbiah, berzikir & doa… Alhamdulillah kali nie nonie sihat & hampir tak tido lansung sepanjang perjalanan (walaupun memang kaki tido dlm kereta) memang tak dapat dibayangkan camna Rasulullah & para sahabat serta umat Islam masa dahulu berhijrah dari Mekah ke Madinah berjalan kaki… paling² pun naik unta jer… dalam keadaan panas terik dan mengharungi padang pasir berbatu pejal sepanjang perjalanan… insaf! Kita sekarang lebih bertuah. Utk mengerjakan ibadat nie lebih mudah… naik kenderaan beraircond lagik…

Kitarog berhenti beberapa kali gak utk berehat & solat Maghrib… sebab berhenti agak lama, kitaorg sampai agak lewat… lebih kurang pkul 9.00 lebih barula masuk ke Tanah Haram… di mekah kami duduk di Hotel Shima berhampiran gak ngan Masjidil Haram… check in ke hotel makan² sekejap & terus menuju ke Masjidil Haram utk umrah sbb kami masih dalam ihram… semasa berjalan menuju ke Masjidil Haram perasaan bercampur baur… tokleh nak ceritala… bila masuk shj ke dalam Masjidil Haram mula² tu terasa stunned, cam tak caya jer dah berjaya sampai ke situ & melihat sendiri Ka’abah…

mula membaca doa & terus berjalan menuju ke Hajar Aswad utk memulakan tawaf…, org dah memang sedia ramai tawaf di keliling Ka’abah… dgn diketuai ustaz, membaca niat & bacaan² tawaf dengan kuat, kitaorg pun mengikutla…. Habis tawaf 7 pusingan, terus pula melakukan sai’e… ulang alik safa & marwah 7 kali…. & akhir skali bertahalul (menggunting rambut)… Alhamdulillah, lebih kurang pukul 12 mlm kami selamat mengerjakan ibadat umrah kami yg pertama… lepas tu terus lepak sekejap melepas kan lelah sambil melihat keindahan kaabah… ustaz bagitahu pula… beribadat di Masjidil Haram nie pula pahalanya 100 000 kali ganda berbanding 1000 kali ganda di masjid Nabawi jadik gunakanla peluang semasa berada di sini sebaik²nya utk sentiasa beribadat… Allah juga sentiasa 24 jam menurunkan rahmat sebanyak 120 rahmat kepada hambanya di Masjidil Hara mini… 60 rahmat kepada mereka yg bertawaf, 40 rahmat kepada yg bersembahnyang & 20 rahmat kepada yg sekadar melihat Ka’abah… begitu mudahnya mendapat rahmat & pahala dariNya…. Allahuakbar!

Cuma kami kurang bernasib baik kerana pada masa sekarang nie sumber telaga zam² ditutup sbb tgh direnovate & ada masa²nya keadaan agak bising di dalam masjidil haram tu dengan bunyi mesin & gerudi… tapi masih banyakla bekalan air zam² di sekitar masjid disediakan dalam bekas² khas & paip² water cooler di tepi² masjid…. Seronok! Sedap jer rasa minum air zam² sejuk lebih² lagi dalam cuaca panas cam skrang…

2 – 6 June 2003 – Isnin hingga Jumaat

hari² berikut nya seperti biasa, takde bende lain lagi yg kami ingat… asal masuk waktu, smbahyang…. Masa terluang dihabiskan dengan beramal ibadat sebanyak mungkin di masjidil haram… skali skala menambah ole² utk sedara mara… ramai gak yg berpesan macam² tapi org² Arab di Mekah agak kasar… bahaya gak utk perempuan berjalan seorang diri… sedangkan nonie yg jalan ngan mak & abah pun selalu diberi pandangan yg menakutkan… pandang kita semacam dari atas ke bawah… pandangan bernafsu plak tu! Ader skali tu siap pandang nonie & menjilat bibir… ngeeee takut! Cepat² nyorok blakang abah… ish padahal pegi situ semua pun takdela bergaya apa pun… pakai jubah & bertelekung sentiasa berbedak pun tidak… padanla perempuan Arab semuanya pakai purdah lelaki diaorg pelik sket agaknya… kebetulan sepupu mak, Uda raman… & makcik & pakcik mak, wan & tok alang pun buat umrah & duduk dihotel yg sama… diaorg dah pernah datang beberapa kali… selalu pesan kat kitaorg jaga baik² dah pernah sebenarnya ader kes org perempuan hilang kat situ… ish nonie dengar pun takut… ramai gak org luar yg duduk di kota mekah nie…. Ramai gak dari Afrika yg jadik peminta sedekah yg sanggup mengejar kita utk memintak sedekah… jadik kena selalu berhati²… barang² yg dijual pun ader yg tipu…. Bayangkan, abah dioffer jam yg pada mulanya berharga 200 rial boleh ditawar hingga 40 rial… ish kalau org tak tawar sure kene tipu…

Ziarah di Mekah

pada hari Rabu ustaz bawak kami berziarah lagi di sekitar Mekah pulak…. menziarah Ma’ala tanah perkuburan lama yg masih digunakan sampai sekarang & juga terletaknya makam Saidatina Khadijah isteri pertama Nabi & Abdul Muthalib datuk Nabi…. Di sini la jugak jenazah jemaah² yg meninggal sewaktu umrah atau haji di kebumikan… kalau nak tau, di MAsjidil HAram, hampir selepas setiap waktu sembahyang pasti akan ader sembahyang jenazah…. Jenazah akan dilitupi dengan kain hijau & diletakkan di berhampiran Ka’abah & disembahyangkan… kemudian dikebumikan di perkuburan Ma’ala niela.. tanah perkuburan di sini tak sama ngan tanah perkuburan kita yg berbatu² nesan… kalau nak melawat pun kita hanya berdoa di tepi pagarnya sahaja….

Kemudian kami melawat Jabal Tsaur/Thur bukit dimana terdapat gua tempat persembunyian Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar semasa diburu musyrikin dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah… kat gua niela labah² membantu Rasulullah dengan sarangnya tu… dari jauh nampak ade la gak para jemaah sedang mendaki bukit utk melihat ke gua tu… sebenarnya takla digalakkan utk mendaki, takut² terambik skali batu, kayu @ apa² dlm pendakian tu nanti… kan tak boleh menyimpan apa² batu @ tanah dari Tanah Haram walaupun tidak sengaja… masa kat sini ader benda pelik jadik kat nonie… tgh² nak ambik gambar tiba² camera nonie ter roll balik sendiri… masa tu sedih la gak sbb takut byk gambar akan spoil… terus gulungkan habis filem tu & beli Kodak baru dgn harapan jgnla spoil gambar² yg nonie dah snap awal² tu…. Masa tu terpk gak.. ade tak nonie ambik apa² gambar yg tak patut… rasanya tak de.. : (

Next stop was Jabal Rahmah di Arafah tempat Nabi Adam & Hawa dipertemukan setelah terpisah selama 200 thn setelah diusir dari syurga… org kata kalau nak berdoa dapat jodoh cepat/baik… elok doa kat sini… tapi ustaz kata tu org² Melayu kata.. dlm hadis tak pernah sebut pun… terserahla pada keyakinan diri masing² so, nonie berdoala sesikit… hehe utk kawan² yg berpesan pun ader gak…. Heheh tapi nonie tak berapa suka kat situ, penjual²nya ganas sket… macam memaksa² org membeli barang² diaorg… rasa rimas pun ade… kat kaki bukit tu gak ader org membawa unta berhias utk ditunggang & diambil gambar… ambikla kesempatan suruh Zairi adik nonie tunggang & ambik gambar ngan unta tu…

Kemudian pegi pula ke muzdalifah & mina tempat jemaah haji bermalam & melontar serta melakukan korban… kat situ banyakla khemah² kosong yg hanya akan dipenuhi pada musim haji… dlm perjalanan balik ke Mekah kami singgah di Ji’ranah utk sekali lagi miqat umrah… satu lagi tempat miqat yg org selalu pergi ialah di Tan’im tempat miqat paling dekat dengan Mekah… on the way tu singgah kejap di kaki bukit Jabal Nur dimana terdapatnya Gua Hira’

tempat Rasulullah pertama kali menerima wahyu… so bila sampai Mekah kembali kami menunaikanlah umrah lagi sekali…

di masjidil haram juga dugaan banyak… elok shj ambik air sembahyang, mulala rasa nak terbatal… tapi padahal sebelum & sesudah sembahyang semua… lansung takde rasa apa… bile tgh bersolat pun bukan main ramai anak² kecik menangis² & merayau² dihadapan kita… memang kene banyak bersabar… bagi yg byk cakap cam nonie nie… masa niela kene blajo kunci² sket mulut tu.. hehe

abah nonie pun 2 kali terkena, skali di Masjid Nabawi & sekali di depan Ka’abah di mana org meminta sedekah konon²nya duit hilangla, sedekah utk medoakan kan la… yerla mana nak sangka org nak menipu di tempat² suci camtu… biler jumpa lagi skali nampak org tu lain macam jek… so sahla penipu… betul kata Uda Raman dekat sini kenkadang syaitannya lagi besar… menggoda & menipu kita… so kena berhati² tu belum kira hilang selipar kat luar masjid.. standardla kan,

dugaan hati pun ader gak.. hehe masa² nie la gak ader org nak menackle² mintak no. phone la tu la nie la…. Jadikkan adik nonie sebagai umpan… nonie layan cam biasa jer… kene kuatkan iman, datang sini nak beribadat bukan nak berpoya² hehe lagipun cik abg kat mesia tu mana nak letak…

selama nonie kat sini sempatla menunaikan umrah 3 kali shj sbb mak & abah tak berapa larat kebetulan musim panas plak kat sini… nak pegi sendiri tak berani… ibadah² sunah tu Alhamdulillah la ambik kesempatan sebanyak mungkin menunaikannya… berpeluang gak mencium Hajar Aswad,

bersembahnyang di makam Nabi Ibrahim, Hijr Ismail & berdoa di Multazam…. Di mana kalau dikala org ramai terutama pada musim Haji org kata agak sukar even utk mendekati tempat² tersebut…. Alhamdulillah Allah memurahkan rezeki & memberi peluang beribadat dirumahNya itu…

ade gak peristiwa² klaka biler datang org² Arab nie mula menegur & nak berbual dlm bahasa Arab nonie try cakap English dijawab sepatah 2 pastu sambung balik cakap Arab… manala nak paham… barula betul ayam cakap ngan itik… heheh… lama² nonie senyum, angguk & geleng jek… hehe ader sorang pompuan Iran datang tanya nonie nie org Lubnan ke…. Heh adaka patut… padanla depa suma bantai cakap Arab ngan che’!

7 june 2003 – Sabtu

hari terakhir di Mekah…. Selepas sarapan pagi, lebih kurang pukul 7 pagi semua org dah siap berpacking & menghantar bag² yg dah beranak pinak (family kitaorg dari 3 bag jadik 5 bag…. hehe) di lobby hotel… kemudian kami semua kembali ke Masjidil Haram utk kali terakhir utk tawaf Wida’… selesai tawaf Wida’ berdoa di Multazam & sembahyang sunat tawaf utk kali penghabisan di belakan makam Ibrahim…. Pada masa tu hanya Allah shj yg tahu betapa sedih & sayunya rasa hati nonie nak meninggalkan tempat tu…. Berdoa sgt² supaya dapat kembali lagi ke situ… sedihnya… rasa cam takmo balik jer… kemudian perlahan² dengan sayu meninggalkan Ka’abah & Masjidil Haram & kembali ke Hotel sementara menunggu bas utk balik sampai…

dari Mekah ke Jeddah kitaorg naik bas bercombine ngan satu lagi group 29 org dari Titian Permata gak yg ambik pakej 14 hari, tapi balik saing ngan kitaorg…. Nak keluar dari Tanah Haram tu pun rasa sedih… kitaorg meninggalkan Tanah Haram lebih kurang pukul 10 lebih…. Lepas tu nonie pun terlelap… sedar² jer dah sampai Jeddah… kami dibawa menziarah lagi di sekitar Jeddah… Bandar Jeddah nie agak moden la… tak macam Madinah & Mekah yg tak boleh di masuki non muslim… kat sini barula ternampak² perempuan² yg tidak bertudung, kebanyakkannya omputih & philiphines yg jadik maid kat sana… tapi kat Arab nie… walaupun kat Jeddah nonie tak pernah lansung nampak pompuan drive… memang takde agaknya… tapi kereta banyak yg besar² & cantik² tu… hehe… singgah gak ke tempat yg dikatakan makan Hawa tapi tidakla sahih…. Berhenti gak kat salah sebuah shopping kompleks kat Jeddah tu…. Apa namanya pun nonie dah lupa… window shopping jella since dlm poket tinggal baper rial jek… heheh… last skali pegi plak ke Masjid terapung/ Masjid Rahmah dekat dengan Laut Merah… takde pun laut tu kaler merah… Cuma diambil nama sempena peristiwa Nabi Musa membelah Laut semasa melarikan diri dari Firaun… berhenti kat masjid tu utk sembahyang jamak zuhur & asar… & terus ke Jeddah airport…

sampai kat airport lebih kurang pkul 3.30, flight kitaorg kul 6.30… so ambik masa makan², lepak² settlekan baggage & air zam² 10 liter sorang yg perlu dibungkus tu… & menolong mak cik² yg hilang bag la angkut bag la macam² lagi… dlm pukul 5 lebih berpisahla ngan ustaz syaifuddin sambil mengambil² gambar utk kali penghabisan dgn dia… dia berdoa kitaorg kembali lagi kesitu… InsyaAllah Amin… ustaz tu memang best! Menunggula kejap kat balai berlepas tu… skali flight delay ½ jam… pukul 7 baru berlepas ke Sana’a… perjalanan balik lebih kurang cam dtgla gak… lepak kat sana’a gaduh sket ngan guard dia sbb tak bagi kitaorg smayang… (apa punya muslim ntah…) pastu lebih kurang tgh malam terus ke mesia….. kali nie nonie tak heran pun ngan segala hidangan atas flight tu… prefer tido jer… phobia sakit perut lagik…

8 June 2003 – Ahad

sampai kat mesia lebih kurang pukul 3 ptg… memang terasa letih btul… mula la terasa jet lag…. Muka masing² toya… jejak kaki kat mesia barula terpk macam² problem yg tak terpk lansung sepanjang 10 hari lepas… settlekan baggage ngan air zam² yg dah tertumpah² & bersalam² buat kali terakhir dgn ahli² pakej yg 12 org tu… terasa sedih gak nak berpisah ngan diaorg… kene check SARS la plak & terus menolak troli dgn sisa² tenaga yg ada… janji yg akan dtg menjemput kitaorg nie Uda Daud sorang… skali kluar² jer pintu tu, terpinga² kitaorg sefamily menengokkan ramai plak yg melaung²kan nama kitaorg & dtg mememeluk cium kitaorg… pergh…. 5 family lagi rupanya yg datang menjemput… terharu btul… rasa cam tak balik mesia 10 thn… heheh org lain pun cam terkejut tgk kan main ramai yg menyambut kitaorg berempat… riuh rendah sekejap tempat tu… hehe

terus bertolak ke rumah Uda dengan kereta baru nonie yg Ucu Lan ambikkan dari kedai… hehe rupa²nya diaorg dah menunggu dari petang smalam… sbb ingat kan kitaorg balik hari Sabtu… sian btul… siap masakkan pulut kuning & rendang semua… meriah btul rumah Uda… buat kenduri berukla kitaorg… sambil² tu mengagihkanla semua ole² dari Tanah Suci…. Hilang kepenatan sebab excited tgk semua org & seronok bercerita pengalaman masing²……

fuh panjang btul cerita nonie… bukan apa nonie nak sharela ngan semua betapa bestnya dapat menjadi tetamu Allah & Rasulullah… moga² bila korang baca citer nonie nie (kalau rajinla…) tergamit hati korang nak pegi gak… & pada yg dah pergi tu mesti eager nak pi lagi kan! Mungkin experience korang lain plak ntah²kan lagi best dari nonie… tu pun ade gak tempat² yg nonie termiss nak pi mcm ladang unta & kilang coklatnya… yg penting dapat menunaikan umrah tu & moga² diterima Allah… takpela kalau ader rezeki InsyaAllah pi lagi… kalau dapat buat Haji lagi bagus… sepanjang kat sana pun nonie sentiasa mendoakan yg baik² utk diri nonie, keluarga & rakan² semua….

okla nonie pun dah letih menaip… tu jela citer pengalaman nonie mengerjakan umrah… ader kot yg tertinggal² tak dapatla nak ingat semua… nie pun nonie rasa dah cukup detail… apa² citer yg ngarut tu sorryla silap nonie tapi apa² yg baik tu datang dari Allah SWT.

p/s:kalau nak tgk gambar² nonie yg tak formal... hehe jengukla ke gallery yea... :)

Assalamualaikum…..