Google

19 April, 2003

citer²

citer² nonie dapat dari bincang... baca jgn tak baca...

citer 1

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah,"

Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BANG!!…

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.

Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!…

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.......dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!....

citer 2

Sepasang suami isteri baru saja mengalami kecelakaan yang mengerikan dimana wajah si isteri sebahagian mengalami luka bakar yang parah.

Doktor mengatakan bahawa mereka tidak dapat melakukan pembedahan plastik dengan mengambil sebahagian kulit tubuh yang lain kerana badan si isteri terlalu kurus. Tetapi kerana begitu mencintai isterinya maka si suami tersebut menawarkan mengambil sebahagian kulit tubuhnya untuk keperluan pembedahan plastik isterinya. Akan tetapi bahagian tubuh yang menurut doktar sesuai hanyalah bahagian punggung.

Dengan berat hati akhirnya mereka menyetujui operasi tersebut. Tetapi mereka berpesan kepada doktor untuk merahsiakan hal tersebut.

Setelah operasi selesai, semua orang terkejut kerana wajah wanita tesebut menjadi bertambah cantik.

Pada suatu hari saat mereka sendirian si isteri berkata kepada suaminya, "Terima kasih, sayang, untuk semua yang telah kau lakukan untukku, aku tidak dapat membalas semua kebaikanmu."

Suaminya menjawab, "Sudahlah, tak perlu kau fikirkan, saya sudah cukup senang setiap kali aku melihat Ibu dan teman²mu selalu mencium pipimu

citer 3

Kepada Yth.

Sdri. Irene

di Ipoh

Hal : Penawaran Menjadi Calon Kekasih

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Dengan sukacitanya saya ingin memakluman kepada anda bahawa saya telah jatuh cinta kepada anda bermula daripada tarikh 10 Ogos yang lalu. Berdasarkan kepada mesyuarat keluarga kami pada tarikh 11 Ogos lalu, saya memutuskan untuk menawarkan diri sebagai kekasih anda yang prospektif.

Hubungan cinta kita akan menjalin masa percubaan minimum 3 bulan sebelum memasuki tahap permanent. Tentu saja, setelah tamat masa percubaan, akan diadakan terlebih dahulu on the job training secara intensif dan berkelanjutan.

Dan kemudian, setiap tiga bulan selanjutnya akan diadakan juga evaluate performance kerja yang bisa menuju pada pemberian kenaikan status dari kekasih menjadi pasangan hidup.

Biaya yang dikeluarkan untuk ke restorant dan shooping akan dibahagi sama rata antara kedua belah pihak.

Selanjutnya didasarkan pada performance dan insiatif anda, ada kemungkinan bahawa saya akan menanggung bahagian yang lebih besar pengeluaran total. Akan tetapi, saya cukup bijaksana dan mampu menilai, jumlah dan bentuk pengeluaran yang akan anda keluarkan nantinya.

Saya dengan segala kerendahan hati meminta anda untuk menjawab penawaran ini dalam waktu 30 hari bermula daripada tarikh penerimaan surat. Lewat dari tarikh tersebut, penawaran ini akan dibatalkan tanpa pemberitahuan lebih lanjut, dan tentu saja saya akan beralih dan mempertimbangkan calon calon lain.

Saya akan sangat berterimah kasih apabila anda berkenan untuk meneruskan surat ini kepada adik perempuan, sepupu bahkan teman dekat anda, apabila anda menolak penawaran ini.

Demikian penawaran yang dapat saya ajukan dan sebelumnya terima kasih atas perhatiannya.

Yang Benar

Pengarah Syarikat Yang Prospektif

citer 4

satu hari seorang pesakit telah berjumpa dan mengadu kepada seorang doktor berkenaan hayatnya yang semakin dekat...

pesakit : tengok ni Dr. saya pegang pipi saya sakit (MENGELUH KESAKITAN APABILA MENYENTUH PIPINYA)...

pesakit: saya sentuh pulak lutut,tengok!! aduhh!!! bisanyaaa....(dia cepat2 menjauhkan jarinya dari lutut)

pesakit: macam mana ni Dr..semua tubuh saya apabila di sentuh semuanya sakit sakit...saya dah feed up macamnie...macam nak matii jer....lebih baik saya mati dari terus menerus hari2 sakit sana sini..

(Dr tersenyum)

doktor : sebenarnya............ jari telunjuk kamu yang patah...

citer 5

Dalam satu kelas zoologi di dont go to Universiti (U aku nie ) Seorang profesor telah mengadakan satu pop kuiz dimana para pelajar diminta mengenalpasti nama serangga dengan hanya menunjukkan kaki serangga tersebut.

Setelah hampir 1 jam berlalu namun tiada sesiapa yang dapat memberikan jawapan dengan tepat. Jamal, salah seorang daripada pelajar di dalam kelas itu merasakan dia sudah tidak lagi mampu menjawap soalan tersebut lalu memutuskan untuk keluar saja daripada kelas tersebut.

Dengan secara tidak sengaja dia telah menghempaskan pintu kelas itu kuat kuat. Profesor itu merasa marah lalu menengking dari dalam kelas, "siapa yang kurang ajar itu ? beri nama kamu ?"

Jamal merasa serba salah tetapi dia mendapat satu idea. Sambil mengunjukkan kakinya di sebalik pintu dia berkata dari luar kelas "Ini kaki saya, cuba Prof teka siapa saya ?"

citer 6

Ketika Boni sedang asyik-asyiknya baca suratkhabar, Suzi isterinya mengendap endap dari belakang dan kemudian memukulkan senduk ke kepala suaminya.Boni: "Kenapa kamu ini??!! Kenapa kepala aku dipukul?" Suzi: "Eh, tadi waktu cuci seluar kamu, aku lihat ada nama Siska di secarik kertas. Siapa dia? Kamu main kayu tiga ya?!!!"

Boni: "Oooohhh...itu. Ingat kan waktu aku ke padang lumba kuda minggu lalu? Siska itu adalah nama kuda. Aku bertaruh untuk kuda itu!"Suzi nampaknya berpuas hati dengan jawapan Boni. Dia kemudian meminta maaf pada suaminya dan kembali memasak di dapur.

Keesokan harinya Boni kembali membaca suratkhabar di ruang tamu. Diam-diam Suzi mendekatinya dan memukul kepala Boni dengan senduk.Boni: "Ada apa lagi, hah????!!!!!" Suzi: "Tadi kudamu telefon!"

19 April, 2003

lagi² interview

Hmmm sonoknya cuti… melepaskan diri dari ketensionan keje walaupun 3 hari jerk (sepatutnya 5 hari… kedekut punya bos!) tapi oklakan dari takde lansung… time² semester break camnie jella berkesempatan nak bercuti… kalau tak payah… kalau cuti kene kensel kelas… kalau kensel kene ganti… walaupun syllabus dah abis… kebetulan masa cuti nie plak ader interview calls satu kat serdang & satu lagi kat skudai… sket punyala jauh… alhamdulillah dua² interview to okla nonie puas ati… dapat ke tidak tu kene tunggu & lihat… & berdoa… yg penting nonie dah berusaha…

Interview yg 1st hari rabu… pagi² lagi nonie & family dah siap² packing & terus ke serdang sbb takut jam & tak jumpa tempat… memang agak jam & sesat banatla gak nak mencarik tempat tu… tapi okla nonie sampai ontime… & jadik 1st candidate pun diinterview… surprisingly nonie dah takde rasa takut pun nak diinterview tu walaupun 2,3 hari ader rasa nervous semacam… agaknya session tu pun comfortable & nonie baru sedar nonie dah pegi byk kali interview (takdela berpuluh² pun sebnarnya… tak sampai sepuluh pun…hehe) so interview semua pun lebih kurang sama jer… so takde apa yg nak ditakutkan… 

Lepas interview kat serdang tu terus bertolak ke skudai… berhentila 2,3 kali mengisi & membuang apa yg patut… lunch kat restoran jejantas ayer keroh & berhenti gak kat batu pahat sbb mak teringin nak makan nasi briyani md shah yg famous kat batu pahat tu… masuk TV! memang sedapla… tapi sebab dah lunch & mak, abah ader darah tinggi & nonie plak tgh migraine, kitaorg makan share² jer buat rasa…

Sampai kat skudai dah nak dekat pukul 5… round² dulu area UTM tu nak pastikan esok nonie interview kat bangunan mana… biler dah jumpa terusla carik hotel utk buat sarang mlm tu… kitaorg tido kat hotel yg dekatla gak ngan UTM tu… dapatla berehat² lepas bertravel sepanjang hari & dapatla gak nonie berstudy² utk interview esok (heh studyla sgt…)

Esoknya pagi² lepas breakfast checkout terus dari hotel (abah malas nak pegi patah balik…) berkobar² nak pi interview… tapi biler sampai kat bangunan yg kitaorg tgk smalam tu, nonie pelik… apsal bangunan nie kosong semacam jer.. rupa²nya fakulti tu dah pindah bangunan lain kat atas bukit… heh sib baikla naik keter… walaupun bangunan tu takla jauh sgt… tapi jenuhla gak kalau nak mendaki bukit tu… hehe sib baikla nonie sampai awalla gak.. so takdela terkocoh² sgt… sampai² kat tempat interview tu dah ader 2 org menunggu… tak lama lepas tu datang plak sorang akak nie dok seblah nonie… ramah plak akak tu, so sementara menunggu turn seronokla kitaorg berdua berborak… (baru skrang nonie perasan nonie tak tanya pun nama akak tu… hehe) jumpa gak ngan member skolah yg dapat interview tu…

Lamala gak menunggu turn… nonie org ke-3 alhamdulillah cam semalam nonie tak rasa cuak pun nak masuk bilik interview tu… nak kata prepare sgt takla gak… interview yg ini pun ok nonie rasa comfortable… walaupun di conduct fully in english.. tapi.. panel² semua pun friendly… siap boleh gelak² & buat lawak masa interview tu… siap boleh bagi situasi… boleh ke nonie nie perempuan KL nak dok kat skudai nie…ulu… dekat ngan Singapore nanti boleh dapat SARS… pastu siap cakap camna kalau husband nonie nanti keje kat kedah nonie plak kene keje kat sini (heh cam tau jer dilemma nonie ad nak kene keje kat kulim nie…) tapi soalan² tu takdela mendiscouragekan nonie… jawab cam bagus jek… kalau dapat nanti barula pk bende² tu semua… nonie puas hatila… kalau tak dapat pun nonie takdela ghalat sgt… sbb nonie dah try my best… even utk interview² seblum nie pun camtu gak… belum ader rezeki agaknya…. So tengokla nanti camna…

Keluar dari bangunan fakulti tu hujan turun mencurah² (hujan rezeki kah… ) terus

travel utk balik… abah lalu jalan lama… awal lagi & saje nak jln²… lunch kat pekan nanas & berhenti smayang zohor kat masjid batu pahat… sambung lagi perjalanan sampai ke muar… berhenti makan mee bandung & nasi ayam goreng berlada kat tepi sg… teringat nostalgia zaman skolah² dulu… niela makanan² favourite nonie biler outing… teringat kenangan berjalan² round Bandar muar sampai ke tanjung dengan baju batik keras kejung tu… lalu gak depan skolah yg dah bercat baru & berpagar batu… last skali nonie lalu situ 6 thn yg lalu masa amik sijil SPM… hehe lepas nie ntah biler lagila nak lalu lagi kat situ…

lepas tu barula abah masuk highway & teruskan perjalanan sampai ke KL…. Singgah dulu rumah pak uda kat bangi & bagikan kupang & pisang yg mak beli kat tepi² jln sepanjang batu pahat & muar tu… lepas isyak barula balik umah & sampai nak dekat pkul 11.00 flat betul semua org…

esok pagi mak sambung cuti & nonie plak memang tgh bercuti lagi… so semua lepakla berehat² kat umah… belah petang ad call & ajak nonie kluar since dia keje ½ day… jumpa & bercerita bersungguh² pengalaman interview & discuss balik salah satu soalan panel tu yg sebnarnya masalah kitaorg gak… pastu tgk citer JE yg lawak giler tu… masalahnya ad plak boleh tido masa tgk citer tu… tak patut btul… lepas dinner terusla balik…. & hari nie & esok cuti lagi!!! Isk nikmatnya….☺ Pegi keje isnin nanti mesti rasa bosan giler…. :(