Google

08 October, 2004

disko vs kedai mamak...

ari tu baca paper mesia online... ada selebriti yg kantoi kat satu kelab malam kata camnie...

“Saya masih waras. Sebagai seorang Muslim saya masih tahu membezakan perkara yang halal dan yang haram. Saya tahu air dan minyak tidak mungkin bercampur."

“Saya dikatakan berpesta arak dalam kelab itu. Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah seperti aerobik?"

tapi kat paper online yg sama tu jugak ada ahli agama jawab camnie dalam ruangan soal jawab agama...

"APAKAH hukumnya berhibur di pub atau disko, tetapi tidak mengambil minuman keras?
Ada pendapat mengatakan berdosa memasuki tempat yang menyajikan hiburan (tari menari) dan minuman keras. Adakah ia benar?

ALONG,
Johor Bahru

JAWAPAN

Berkunjung ke satu tempat maksiat dengan niat berhibur, walaupun tidak terbabit dalam pengambilan minuman keras, termasuk dalam perkara yang dilarang Islam dan dikira bersubahat."

Hadis Rasulullah s.a.w ada mengatakan yang bermaksud, ‘Barang siapa yang mengetahui maksiat dan tidak menegurnya, bahkan meredainya, baginya dosa seperti dosa melakukannya.”

so sindri mau ingat la yea... :)

& reason selebriti tu pi situ sebab kononnya nak entertain kawan mat saleh dia... terpk gak... kalau la kita org melayu nie pi negara omputih tu, tiba2 tingin nak tgk dikir barat ke ghazal ke... sure payah... haha x wujud pun kat negara derang bende2 tuh... kalau wujud skali pun i doubt la derang tau kat mana nak bawak kita... kat mesia sendiri pun kadang2 tak tau nak cari kat mane hehe...

tapi kat mesia senang jer derang nak carik entertainment derang & org melayu Islam sendiri bangga bawak derang pi tempat2 camtu... kalau dia respect kita, & kita sendiri respect budaya & pegangan kita... bawak pi kedai mamak tgk Astro kat TV besar tu sambil minum teh tarik @ makan nasik lemak bungkus pun boleh terhibur apa... hehe, tapi apa kelas makan kedai mamak yea dak...