27 October, 2004
bingka yg menjadi
yeay! akhirnya berjaya mencapai hajat dihati... berjaya jugak menjumpai cara yg betul nak buat bingka pakai microwave... nonie nie yg slow, asyik ngan cara konvensional jerk.... nyam2 sedapnya bingka roti... hehe
smalam dapat satu email... tirharu sungguh bila membacanya....
"Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya."
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta
berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauhberbeza dari yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik
yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukanuntuk
Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya
esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari
Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu
untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar
yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian
Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,
mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapatmembahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati
dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana
menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu
saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari
dia mencintai saya.
"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur
hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta
dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam
'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"
forwardkan email nie pada ad... with some additional message... hehe he read it and in return....... :)



