09 January, 2005
bahasa rasmi
ingat tak lagu nie?
"Gunakanlah bahasa kebangsaan kita marilah amalkan ramai2, bahasalah menyatukan kita semua... Bahasa Jiwa Bangsa..."
bila borak2 dgn kawan2 dari negara2 jiran kita, Thailand & Indonesia selalu diaorang akan tanya apa bahasa rasmi di Malaysia sebenarnya?
nonie jawabla Bahasa Melayu... tapi diaorang pelik kenapa bila pergi negara kita ramai orang cakap berlainan bahasa... kebanyakkannya akan cakap English & tu membuatkan mereka ni rasa orang Malaysia dapat menguasai bahasa English dengan sangat baik berbanding penggunaan bahasa tersebut di negara mereka... sampaikan mereka sangka English merupakan bahasa rasmi negara kita... & diaorg juga pelik bila bangsa2 lain selain Melayu di Malaysia selalu berkomunikasi dalam bahasa mereka sendiri sesama mereka cth. Mandarin, Kantonis @ Tamil.
Berbeza dari negara mereka semua orang akan cakap dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri samada bahasa Thai @ bahasa Indonesia tak kirala orang tu bangsa apa pun... jarang sekali kedengaran mereka berkomunikasi dalam bahasa lain terutama sekali dalam upacara rasmi... seperti juga di Jepun & Perancis & beberapa negara lain... penduduk negara tersebut perlu menguasai bahasa rasmi negara tersebut... jika tidak agak payah untuk mereka membuat urusan sehari2... malah mereka begitu bangga dengan bahasa mereka itu sampaikan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia pun tak begitu mendapat tempat dalam negara mereka… hanya digunakan bila diperlukan…
kadangkala nonie terasa agak kagum sebab bila berjalan2 di ‘city’ tu & bertembung dengan sekumpulan rakyat Indonesia berbangsa Cina, mereka begitu rancak sekali berbual dalam bahasa Indonesia sesama mereka, kadangkala situasi nie buatkan kita keliru apa bangsa diaorang sebenarnya? jarang sekali situasi macam ni ada kat malaysia, biasanya sesuatu kaum tu lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa mereka sendiri ataupun English... ataupun bahasa rojak... Sekurang-kurangnya di Malaysia kita takla rasa keliru sangat. Setiap bangsa guna bahasa sendiri… mungkin itu yang dinamakan muhibbah?!
disebabkan jarang2 jumpa situasi macam tu di Malaysia lah nonie akan berasa seronok (mungkin pada orang lain biasa jer) bila sekali sekala terdengar bangsa lain selain dari orang melayu berbahasa melayu sesama mereka walaupun kurang fasih.... & akan merasa lebih kagum lagi sekiranya mereka dapat berbahasa melayu dengan begitu fasih... sedangkan tak perlu nak kagum sebenarnya, seluruh rakyat malaysia sememangnya patut dapat berbahasa melayu dengan baik... tapi sejak kebelakangan ini orang malaysia lebih malu kalau tak fasih berbahasa Inggeris, tapi tak berapa kisah kalau tak fasih dengan bahasa kebangsaan sendiri.... bukan nak kata bangsa lain saja, orang Melayu sendiri pun kadangkala tak dapat menguasai bahasa rasmi yang juga bahasa ibunda mereka sendiri dengan baik… lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris yang mungkin pada golongan2 tertentu terasa lebih ‘standard’. Belum lagi dikira orang-orang yang merosakkan Bahasa Melayu dengan bahasa rojak, bahasa sms, bahasa rockers & pelbagai jenis bahasa lagi… hmmm nonie sendiri pun kadangkala pencemar bahasa juga *malu!*
Tapi dari segi akademik pula ada juga pelajar Melayu yang gagal dalam subjek Bahasa Melayu yang mungkin tak patut berlaku dan ramai pula pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan cemerlang dalam subjek tersebut. Pelajar Melayu patut rasa segan dengan rakan2 mereka ni & jadikannya satu cabaran bukan sahaja untuk lulus cemerlang dalam subjek tu sahaja tapi untuk semua subjek pun. Kalau nak cerita pasal pencapaian akademik ni kena buka topik lain pula :).
Bukankah dulu Bahasa Melayu jadi lingua franca di nusantara ni? Kenapa sekarang tidak lagi?
menulis hanya berdasarkan pemerhatian sendiri... :)



