27 November, 2006
Unplanned trip to Sarawak...
Ingatkan nak habiskan puasa ganti hari ni… bolehla merangkap puasa sunat isnin… tak sempat nak cover semua masa syawal ari tu... skali tgh2 malam ntah apsal perut rasa pedih sgt2... bergulung2 atas katil tadi... ad dah sapukan tiger balm pun tak baper nak ilang sakit tu... kejap datang & pergi... jadik terbatal la niat nak berpuasa... now nie pun rasa macam lembik semacam... takdela muntah @ cirit birit, tapi pedih je perut tu... nak makan apa pun x lalu...
Heh lupakanla kesakitan ni kejap… ok, meh nak citer camna kitaorg blh tiba2 tersesat ke sarawak last weekends... we were offered by ad's uncle (pak sedara sepupu) to join their family trip since their parents made a last minutes decision not to join the trip... kalau tak rugila tiket pegi balik for two tu kan... what we had to do was just to pay the extra charge for the name change in the ticket + infant. apa lagi... tanpa berfikir panjang kami pun join jerla that family trip...
kitaorg ke sana bukan jenjalan je... tapi visit pak long jugak yg dah keje kat sana for 5 years... jadik accommodations di tanggung beres hehe...
Day 1 – Friday (17 Nov 2006)
2nd group to depart from LCCT at 12.50pm… along with pak jang, mak jang, their son Amir & FIL mak ngah. The 1st group departed earlier that morning at about 7.50 am. Arrived in Kuching around 1 1/1 hours later… pak long & pak lang already awaited for us there. Pak long’s house are about 20 minutes drive from the airport. Sepanjang2 jalan tu ala2 prak la gak kitaorg terjenguk sana, terjenguk sini… yerla that was the 1st time we arrived in Kuching… macamla pi negara lain hehe… sampai umah pak long dah nak dekat pukul 4… rupanya derang sumer pun tak lunch lagi tunggu kitaorg sampai… bagusla, perut pun tgh berkeroncong berselera sungguh makan kari ikan tenggiri dgn ulam ulaman & sudah tentu terubuk masin goreng! Malam tu x de agenda special pun… semua org melepak kat umah & sembang2 ngan family pak long… lots of catching up… yerla jarang2 jumpa… the whole family yg datang ni dari merata2 malaysia… pak long & family dah tentu la kat Sarawak ni kan… mak ngah & pak lang kat kedah, pak jang kat selangor & kitaorg kat johor… jadik, macam2 citer ada…
Day 2 – Saturday (18 Nov 2006)
Pun x de specific agenda gak sbb they only booked the van for the whole family on the next day (Sunday) so for that day we only have the 2 kancils to jalan2… kenala gilir2… anyway, the ladies had the privilege to accompany mak long to the market to buy the lauk pauk for everybody… maka, berkunjungla kami ke pasar satok… @ pasar tamu… bestnya nengok sayur2an bersusun cantik… macam2 bende di jual, nama pun pasar kan… ada gak sayur2 yg kami tak ketahuan namanya jenuh la gak mak long nak menjawab apa itu & ini…
Lunch sedap ari ni… ikan terubuk bakar yg fresh… nyam2.. yang masin pun mesti ada, sup sayur, sambal bacang & ulam2 an...
Petang pulak tiba2 the guys mendapat idea nak buat BBQ.. apa lagi ad hoc jerla prepare… beli kambing, ayam, sotong, udang, sosej & nonie introduced my banana chocolate la… seronok!
Day 3 – Sunday (19 Nov 2006)
The booked van arrived at about 9.00am… the initial plan was to go to Sarikin… katanya macam ala2 bukit kayu hitam.. Cuma yang ini bersempadan dengan Indonesia la… skali mak long call kawan dia dibagitau rupanya tempat tu bukak ½ day je… apa da.. org weekends2 camni la nak bukak lama sket… takpela selamat sket RM kitaorg… tapi tuju gak ke tempat bershopping dekat kedai2 kraf area waterfront tu… heh kaya cina ada satu kedai tu… sakan kitaorg spent kat kedai tu, bayangla satu family spent average nak dekat RM200 kitaorg ada 4-5 family rasanya >< 1K la gak cina tu dapat… macam2 kitaorang beli… pua kumbu la, t-shirt la, bende2 kayu kayan ukir2 la… kluar dr kedai tu pakat bawak beg plastik besar2 belaka… lepas tu round2 bandar kuching… pi muziumla, bangunan tu la, bangunan ni la (tak ingatla sumer nama2 bangunan tu…) pastu melawat pantai santubong plak… cecahkan kaki afifah for the 1st time kat pantai… menjengket2 dia hehe…
Day 4 – Monday (20 Nov 2006)
Itinerary utk hari tu ialah ke air terjun pulak… heh lupa la plak nama air terjun tu.. tapi somewhere in Serian la… dah lama rasanya tak pi air terjun… sejak balik Malaysia ni mmg tak pernah pi… again, 1st time cecah kan kaki afifah dlm air terjun yg sejuk tu… ketar2 dia… hehe jadik mak dia pun takde can la nak berendam macam org lain… berendam kaki je… kang demam plak baby mak ni kalau nak berendam sama2…
On the way balik singgah rumah panjang org Bidayuh kat Kg Benuk. Rumah panjang tu macam dah takde orang… yang tinggal org tua2 jer… yg lain semua dah berhijrah ke bandar @ buat rumah baru drp batu kat sekeliling rumah panjang tu… siap pakai astro tu… mmg dah moden sumer depa ni.. Cuma bila ada perayaan jer derang balik & penuhkan rumah panjang tu… x dpt nak amik gambar org2 yg dok rumah panjang tu sbb derang malu… katanya mukanya jahik (hodoh) heh takdela pun… they were just being camera shy…
Day 5 – Tuesday (21 Nov 2006)
The last day… tapi since flight kitaorg lewat malam, maka pagi tu sempat lagi bershopping2 4 the last time… top up mana2 lagi yg tak cukup untuk sanak sedara kat semenanjung… pi beli ikan terubuk masin gak… bila balik umah nak packing sumer pakat ada excess baggage… mana taknya dtg satu beg baju… balik ada 2,3 bag plak extra.. siap ada yg tambah kotak lagi… hehe bayar jerla
Flight kitaorg delay sejam… supposenya 9.50pm jadik 10.50pm… nasib baik derang inform sebelum kitaorg keluar rumah… kalau tak melangut jerla tunggu buang masa kat airport… tu pun ada ½ yg dah pi dulu utk check in siap2 brg2 takut terlambat…
Around 10.50pm kami pun berlepasla dari Kuching International Airport tu… babai mak long, pak long, azim & alin… insyaAllah panjang umur jumpa lagi…
Arrived at LCCT at around 1.00am… ngantuknya… nasib baik afifah tak banyak ragam dlm flight tu… on the way balik dengkil dari airport siap singgah kedai mamak sbb lapar sbb dinner awal sgt sebelumnya tu…
Heh tu la dia sedikit sebanyak citer trip bidan terjun kami… bila la plak our next trip…???
hmmm yg nonie tau this weekend nak balik kedah plak sbb MIL masuk spital operate lutut… this time we decided to take a bus… nak naik flight xde direct flight & costly… dah sakit poket asyik naik flight 2,3 menjak ni hehe… pastu nak transit ke KL macam selalu makan masa plak… jadik the most feasible way is by bus la… travel malam & sampai sana awal pagi so, tak terasa sgt kot lamanya… tido jer dlm bus tu… afifah pun skrang ni kalau travel malam biasanya dia akan tido jer… mintak ok la dia throughout the journey… Cuma ada la jugak terlintas rasa risau naik bas express ni esp malam camni sbb kan dah ada 2,3 kes eksiden bas express ni kan… hish na’uzubillah! Mintak2 perjalanan kami selamat hendaknya AMIN!!!
gambar2 blhla nengok kat nonie punya fp yea...



