Google

15 October, 2006

kerepek. nasi beryani gam tak gam & lemang sebatang...

Seperti biasa, hujung minggu adalah acara jalan-jalan cari pasal makan…. Walaupun bulan puasa, aktiviti ni masih boleh diteruskan, yerla… jalan-jalan cari juadah berbuka yang menarik la pulak. Lagipun dah nak dekat raya ni kan, jadi jalan-jalan cari kuih raya la jugak.

Destinasi minggu ni Batu Pahat. Kawan Ad bagitau kalau nak beli kerepek antara yang best dekat Parit Raja antara Ayer Hitam & Batu Pahat tu. Kat situ memang ada bazaar jual kerepek-kerepek perusahaan kampung kecil-kecilan ni. Jadik lepas zohor kitaorg pun bertolak la dari Skudai.

Sepanjang jalan kat highway tu, suasana kelam je... kelam jerebu pun ye gak... kelam nak hujan pun yea gak. Nak dekat-dekat sampai tu memangla hujan sungguh! Tapi sebab hujan dalam jerebu kan, maka sudahnya kereta ad yang putih tu pun bertukarla warna menjadi kelam jugak.

Nasib baikla bila sampai ke destinasi hujan dah berhenti. Senang sikit rasa di hati nak membeli-belah kerepek raya. Bazaar tu takla sebesar mana. Tapi dipenuhi dengan berbuntil-buntil dan berpaket-paket kerepek macam-macam warna dan rupa. Kerepek pisang berperisa pandan pun dah ada rupanya sekarang yea?! Kuih raya pun ada jugak, tapi majoriti yang dijual kat situ kerepek la. Bila dah masuk situ mula la rambang mata. Rasa macam segala-gala nak dibeli. Kerepek tu nampak sedap, kerepek ni nampak menarik. Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam nonie membuat acara tunjuk menunjuk sambil ad bayar membayar, adalah dua plastik besar bernilai hampir RM100 kami bawak keluar dari bazaar tu hehe. Heh! Bukan untuk kitaorang je tau, mak kat Dengkil ada pesan sikit, nak bawak buah tangan balik kedah pun ada jugak, jadik logik la kan ;).

Dari Parit Raja, kami meneruskan acara JJCM ke Batu Pahat. Apa lagi nak cari nasi beryani yang terkenal tu la. Nonie pernah ke situ sekali je, masa nak datang 1st interview kat skudai dulu. Adalah nak dekat 3 tahun lebih yang lalu. Dahla nonie ni memang penunjuk arah yang kureng berkaliber, maka ad terpaksala menawaf sikit bandar Batu Pahat tu sebelum berjumpa dengan ’tempat makan dekat dengan jambatan yang melengkung sikit depan satu hospital swasta ni’ (heh camtula nonie cerita tempat tu kat Ad). Kat situ memang banyakla kedai nasi beryani... tapi yang nonie rasa paling terkenal dan nampak ramai orang beratur kedai Mohd Shah la. Jadik, nasi beryani tu la yang ad beli. Tapi yang nonie tak puas hati apsal dia terkenal tapi dia tak jual pun nasi beryani gam yang orang selalu sebut-sebut tu. Ada nasi beryani je, takde yang gam pun. Kedai lain adala, tapi tak dijamin kesedapannya. Tapi dek kerana isu ’gam’ tula cik abg tersayang sanggup menawaf bandar Batu Pahat semula walaupun asal-asalnya dah nak keluar dari bandar tu dah, semata-mata sebab nak memenuhi hajat sang isteri yang tak puas hati kenapa nasi tu takde ’gam’ ekekekek. Beli kat kedai sebelah dia pulak yang memang ada tulis Nasi Beryani Gam sebesar-besarnya atas kedai tu. Sudahnya kitaorang ada 4 bungkus nasi beryani kambing dan ayam kononnya untuk berbuka dan bekal untuk sahur jugak nanti.

Lepas sembahyang asar, kitaorang pun bertolak balik dari Batu Pahat. Memang berbuka dalam kereta je sebab kitaorang sampai Batu Pahat pun dah petang sangat. Dalam perjalanan tu ad sempat lagi berhenti tepi jalan beli lemang sebatang dengan rendang untuk memenuhi nafsu keinginan berbuka puasanya.

Sampai rumah nak dekat pukul 9 mlm. Alhamdulillah afifah takdela meragam sangat sepanjang JJCM kitaorang tu. Merengek sesikit je sebab pampersnya dah penuh. Kitaorang pulak memang rasa kebulur je masa tu. Sekali bila dah hidang-hidang dan mengadap makanan tu makannya adala 2 senduk kecik sorang je. Hmmm... nasi beryani gam ke, tak gam ke rupa macam sama je... okla yang ada gam tu macam basah-basah sikitla, serupa je macam nasi beryani biasa letak kuah hehe... mungkinla nonie yang tak reti menilai nasi beryani, tapi ntahla, takdela rasa macam sedap sangat-sangat sehingga menjilat jari.... lagipun, kitaorang kan ke dah kekurangan selera semenjak 2 menjak ni... tapi masalahnya nafsu masih besar. Makanya, berlebihanla nasi beryani 4 bungkus tu... sampaila sahur tadi pun tak habis jugak. Berbuka petang ni mesti ada lagi hehe. Nasib baikla lauk-lauknya habis... okla, adala buang seciput. Lemang pulak, belum berusik... ha, yang tu nonie tak bersalah sebab nonie memang bukan pemakan lemang... cik abang kenala habiskan lemang sebatang tu ye....