Google

08 October, 2006

gas & kantoi!

Pagi khamis lepas elok-elok sudah memanaskan lauk bersahur, gas memasak pun habis. Pelik la jugak, rasanya tak sampai sebulan ganti tong gas tu. Ni mesti ada yang tak kena dengan kepala gas ke, salur gas ke atau dapur gas tu sendiri. Tapi nak tak nak kena la juga mengganti tong gas tu. Dahla sekarang dah mahal, dulu seingat nonie tukar tong gas belas-belas RM je… sekarang ni campur upah hantar, dah sampai RM25!

Bila datang orang minyak gas tu, ada masalah pula nak sambung balik kepala gas pada tong gas baru sebab kepala gas dapur kitaorg tu special sangat. Nonie sebelum ni main belasah jer sambung. Sebab tu la agaknya gas tu cepat sangat habisnya, ntah-ntahkan ada terbocor sikit kat kepala tu sebab kadang-kadang memang ada terbau gas kat dapur tu. Nasib baikla tak pernah jadi apa-apa. Tapi lepas orang gas tu balik, puas jugala nonie godek-godek nak sambungkan kepala & tong gas tu tapi macam dah tersekat. Heh, tak berani la nak godek lebih-lebih, nanti meletup ke naya... heh Na’uzubillah!

Ad pun sampai rumah biasanya lagi ˝ jam @ 45 minit lagi nak berbuka, jadi telefon jela dia suruh beli lauk, kalau tunggu dia balik godekkan tong gas tu tak sempatla nak masak lauk berbuka. Jadi tak berasapla dapur hari tu, nonie tutup kedai hehe. Nasib baikla ada eletrik oven, jadi sekarang selain membakar daging, kek & kuih, oven tu boleh guna untuk panaskan air jugak. Yerla kena panaskan air mandi afifah hehe...

Malam tu ad pi cari kepala gas baru, sebab tak kuasa la nak guna kepala gas yang canggih sangat tu. Cari kat kedai orang hantar gas tu dah habis la pulak, tapi orang gas tu dengan baik hatinya pinjamkan kepala gas extra diaorang & berjanji esoknya bila dapat stok kepala gas baru nak pegi rumah kitaorg gantikan.

Esoknya tu, nonie tertunggu-tunggu la jugak bilala orang gas ni nak datang. Sampai tengahari pun takde. Nonie pun apa lagi dengan lalalalala nya keluarkan frozen fast food dari dlm peti ais & mengasapkanla dapur setelah kebetulan mendapat kebenaran ‘cuti’ hehe... tula sejak ambil pil ni, memang dapat cuti suka-suka hati la, jenuh jugak nak mengganti ni nanti. Tapi takpela, dah wajib cuti kan. Sekali elok-elok nonie habis memasak & bawak pinggan penuh macam-macam ni ke ruang tamu, sekali kat depan rumah nampak lori gas kepala hijau tu... Alamak! Camna ni?!!! Dah sah-sahla dapur tu tengah separa berasap & harum semerbak, mesti kantoi punya la ni. Cepat-cepat lari sorokkan pinggan kat bilik maid (bilik je, maidnya takde hehe) pastu bukak pintu tingkap & kipas kat dapur bagi bau cepat-cepat keluar, padahal tadi dok tutup pintu tingkap & bukak cooker hood je konon-konon taknak bagi jiran-jiran terbau kita menggoreng.

Lamala sikit orang gas tu tunggu depan rumah. “sori Encik, lambat sikit… saya tengah buat operasi mengcover tak perasan tadi…” :P
Tapi rasanya orang gas tu mesti boleh perasan punya... mana taknya bau luar biasa enak pulak dalam rumah ni di tengah-tengahari bulan ramadhan ni kan hehe... lainla bau kuih raya tu kan, tapi tipula sangat kuih raya bau ala-ala daging hot dog ahaks! Takpela encik gas, mesti paham punya... dia tak kata apa pun... takkan nak kata apa2 yea dak? Kang saya tak beli lagi gas kang.... hehe... tau takpe...

Pengajaran, lain kali, kalau dapat cuti puasa pun tak payah la nak masak sakan... makan jela salad ke, buah ke, roti ke, kerepek je ke. Pendek kata bende-bende yang tak payah masakla! Takdela nak kantoi kalau tiba-tiba ada tamu tak diundang datang rumah.... kes nonie ni diundangla jugak tapi sapa suruh dia lambat datang, ingatkan tak jadi datang... nonie lapar, nanti baby pun lapar jugak camna? Heh alasan! Dah kantoi tu kantoi la jugak... ngeh ngeh ngeh.....