Google

16 July, 2005

pai daging rangup

ari tu try buat pai ikut resepi online... skali ended up tak ikut sukatan pun... main blasah jer... budget2 cam tak jadik, skali sedap la plak... hehe nie bukan buat cerita yea... cam tersyiok lak kitaorg berdua laki bini makan pai tu lepas tu... ingat nak bawak sket kat ibu kat kedai... skali syiok jer makan cam tak cukup, heh kensel... lenkali boleh buat lagi... pai daging rangup...

nie resepi yg nonie main blasah jer tu... kalau korang buat tak jadik mintak maap ek... nonie buat sedap jer huhu....

bahan2 utk inti
100 g daging cincang
sebiji kentang di potong dadu
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
seulas bawang putih utk menumis
sedikit serbuk kari
garam secukup rasa

Bahan untuk Pastri
1 1/2 cawan tepung gandum
80g butter
1 biji telur dipukul dgn sedikit air
sedikit air lemon
garam & gula secukup rasa supaya pastri rasa lemak2 sket

Cara-cara :
1. Masukkan garam & gula ke dalam campuran tepung.
2. potong butter yg keras dr fridge tu dadu2 & masukkan dlm campuran tepung, gaulkan hingga menjadi bread crumbs. Maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti.
3. Tambahan telur yang telah dipukul sedikit sehingga menjadi doh. masukkan labih kurang sesudu air lemon kedlm bancuhan. Jangan diuli doh tu, kerana terlalu kerap dipegang akan menjadikan doh ni keras dan tak sedap.
4. Balutkan doh dalam cling wrap dan biarkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Sementara tu bolehla masak inti, tumis2 bawang, masukkan serbuk kari yg dicampur ngan air sket, kentang & daging cincang, gaul sebati sampai masak. (ala inti nie senang jer, macam buat inti karipap tu... suka2 ati jer cara dia)
6. Kemudian, dah cukup 30 minit, keluarkan doh dan bentukkan doh ikut suka hati & canai nipis lebih kurang 2cm.
Tips : Bentukkan doh ini menggunakan cling wrap supaya tak melekat pada penggelek atau meja.
7. sapu butter pada dulang pembakar & hamparkan doh yg telah dicanai ke atas dulang (adunan ini muat utk satu dulang pembakar kecil)
8. ratakan inti di atas doh.
9. kalau ada lebihan doh bolehla dicanai & dipotong strips supaya boleh disusun di lapisan atas inti tadi, kalau nak buat penutup penuh, tambahkan adunan pastri tadi.
10. Masukkan kat dlm oven and bakar pada 150 C for 20 minit.

sila2 kalau nak cuba heheh...