21 June, 2005
MERDEKA & buat pau
yeay! MERDEKA! ended this semester yesterday with the submissions of my Knowledge Mgmt Sys group & individual assignments & Project Management take home final exam... pergh lega aih... so boleh lepak2 selama 3 minggu sebelum next semester... hmmm lepak la sgt, tak sedar diri ada research menunggu tu, which mean i should start early... takpela 1st few days nie mmg nak lepak dulu...
so antara aktiviti di waktu lepak hari ini adalah buat kuih pau!
hehe tetiba tingin plak... dah lama tak makan... kat sini tak pernah jumpa lagi... kalau jumpa skali pun cha ya nun alip buat was2 lak nak makan... since masa anak dara dulu selalu buat kat umah ngan mak... apa salahnya skrang praktikkan sendiri ek...
senang jer, tak susah... sebelum org mintak, meh nonie citer cara2 buat dia...
bahan2
1/2 kg tepung gandum
2 camca teh yis @ yg nonie guna nie instant yis mauripan so guna 1/2 paket kecik tu la
1/2 cawan gula
1/4 cawan minyak masak
1 1/4 cawan air
sedikit garam kalau nak bagi adunan tu lemak sket
kepingan2 kertas kecil 4 segi utk lapik adunan
inti sukeatila nak buat inti kaya ke, sambal ikan bilis ke, daging ke... tu pandai2 la masak sendiri...
cara2
1. gaul tepung ngan yis... lagi best ayak skali supaya adunan lebih gebu nanti... larutkan gula dlm air...
2. campur semua bahan2, gaul & uli dlm 10 minit @ sampai dia sebati & kenyal2...
3. cubit adunan sedikit2 & bulat2kan setiap satu ikut saiz yg dikehendaki... susun dlm bekas & pastikan susunan tu dijarakkan sedikit kemudian dibiarkan lebih kurang 10 minit... nanti adunan tu akan mengembang... sementara tu bolehla sedia @ masakkan intinya
4. leper @ canai adunan2 tadi & isikan inti di tengah2 adunan
5. tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan, jemputkan sket & lapik dgn kepingan kertas 4 segi kecik tadi
6. biarkan adunan tu lebih kurang 1/2 jam
7. kukus! kalau kukus atas dapur dlm 10-15 minit... kalau kukus dlm microwave dlm 5 minit jer, tapi best lagi kukus atas dapur la... hehe masa kukus tu pastikan susun jarak2 gak sbb nanti dia kembang lagi...
yeay dah siap!

nonie buh tanda2 merah tu sbb nonie buat inti kaya separuh (yg bertanda tu) isi sardin separuh...
dgn adunan tu nonie dpt dlm 16 ketul... tapi bilangan tu depends ikut saizla...
updating gambar memasak pau tu kat sini



