12 June, 2005
org India dari Malaysia
Hari jumaat hari tu banyak btul nonie minum air… bergelen2 rasanya… tiap2 masa keje kat restoran tu selalu camtula… setiap kali lepas mengemas2 dlm masa 20, 30 minit mesti terasa haus giler.. kejap2 mengulang air sejuk… naik kembung perut… bagusla tu, winter2 camnie minum air sejuk… tekak dah mula rasa perit tapi tak reti nak berenti…
Malam tu tengah melelong2 kepenatan jalan balik dari keje dengan ad tiba2 ditegur 3 org budak India dekat traffic light… “Hai! Apa khabar?” nonie ngan ad pun senyum “Khabar baik…” excited plak derang dengar jawapan kitaorg “heh! Org Malaysia yea?” tanya derang lagi… “haah”,“Malaysia kat mana?”, “K.L”,”K.L kat mana? kitaorg dari Kepong.”,”Gombak” (heh nonie selalu tersasul bgtau area umah ucu lan sbb nak cakap Wangsa maju dah pindah dah.. nak kata Dengkil, tadi awal2 dah cakap K.L, dengkil mana masuk K.L dah… heh blasah jerla, lebih kurang la tu… dekat2 gakla ngan Wangsa Maju…)
agaknya derang dok terdgr nonie ngan ad berborak2 cakap melayu sambil berjalan tu… tu yg derang excited nak tegur… memang kat Melbourne ni jarang jumpa org India dari Malaysia… yg ramainya India dari India, Sri Lanka dll… sbb tu la derang nie seronok sgt dpt cakap melayu ngan org Malaysia… rupa2nya derang mmg dah lama tak cakap melayu… salah sorang tu sejak 2 thn dia dok sini tak cakap melayu… yerla mana taknya, kalau sesama dia mestila cakap tamil @ hindi… pastu derang plak blaja kat Victoria uni, uni yg tak ramai budak dr Malaysia… kalau ada 2,3 org pun budak private je… tapi dlm pada dah lama tak cakap melayu tu pun, bukan main fasih lagi derang semua… agaknya dulu skolah kat skolah kebangsaan & ramai kawan2 melayu…
sempat gak berborak2 sakan ngan bebudak tu sambil berjalan dlm 1km on the way sampai ke rumah kitaorg… derang dok sini lagi lama dari nonie pun tatau kat mana Malaysia Hall… tu yang siap bertukar2 no phone & email… nanti kalau ada apa2 event bolehla nonie ajak derang join…
heh nonie ni kalau bab2 study cepat btul distractednya... paling lama boleh focus sejam... pastu mula la nengok bende lain, attention terdirect ke TVla, nampak surat khabar baca surat khabar, nie gatal plak kat blog hehe... camne ek nak buat... pernah baca org Gemini mmg camnie... cepat bosan buat satu2 bende... heheh alasan... dah mmg 'penyegan' byk citer lak...
p/s:
thanks abhan meng Amin kan doa murah rezeki tu.. hehe camna ngan scholarship dah settle?
yna awatnya Bismillah tu? konpius kejap...
tima kasih kat puan goreng pisang gak sbb bagi petua tu... hari ni gak nonie nak beli asid folic... :)



