14 May, 2005
semoga tabah & cepat sembuh
on the way balik dari KFC tadi dpt msg dr R, sahabat baik kat KL, suruh nonie call balik ASAP sbb ader berita sedih pasal housemate kitaorg M masa kat PPP dulu...
sampai rumah terus call dia, i was expecting the worst... sbb mmg tau sahabat kitaorg M tu punya penyakit yg agak kronik dulu... it wasn't the worst news but not a good one either... just some updates pasal M, kebetulan sahabat nonie nie baru balik dari reunion skolah dia... kebetulan gak dia satu skolah gak dulu ngan housemate kitaorg tu... ex-schoolmates dia nie bercerita ttg keadaan M yg semakin teruk... dah lumpuh & tak boleh duduk kat wheelchair skalipun sbb tulang blakangnya dah keras... yg lagi tak best bila mak dia kata member2 dia dr itm takde yg dtg visit pun... hmmm kitaorg la tu..
nonie, R & M agak baik dr masa kat kuantan dulu... kebetulan kami sentiasa ada kelas yg sama... so kebanyakkan masa org akan nampak kami bertiga... sampaikan ada lecturer gelarkan kami 3 stooges... bila di transfer ke PPP, kami bertiga tinggal sebilik kat flat SS18 (hostel)... semenjak pindah ke PPP kami perasan ada sedikit perubahan pada M... dia selalu rasa tak larat esp. sbb apartment kami kat PPP tu terpaksa memanjat tangga sampai tingkat 5... semakin hari dia makin kerap rasa lemah & pernah sekali katanya dia kebas sebelah badan... pada masa yg sama prestasi pelajaran dia juga makin merosot... kadangkala kami rasa pelik dgn perangainya sbb ada masa macam terlampau ignorant & seperti tak mengambil tahu dgn apa yg terjadi di sekeliling dia... selalu jugak rasa bengang sebab dia seperti take things for granted dgn group assignment kami & kerja2 rumah yg sepatutnya dilakukan bersama2... malangnya M nie agak perahsia & lebih suka menyendiri orgnya berbanding nonie & R yg lebih rapat & selalu berkongsi rahsia mcm2... jadi bila ada problem, susah rasanya kami berdua nak confront dgn dia, sbb bila kami explain something pun terasa macam dia ignorant sgt2... kepelikkan dia nie pun di rasai oleh housemate2 kitaorg yg lain... M jugak seems accident-prone... selalu sgt jatuh tiba2, masalahnya bila kami cuba membantu & tanya apa masalah dia sampai selalu jatuh camtu dia seboleh2 takmo kami bantu & sedaya upaya cuba cepat2 bgn sendiri macam takde apa2 yg terjadi...
lama kelamaan baru kami sedar ada yg tak kena dengan M... kami boleh agak yg M sebenarnya sakit... tapi setiap kali kami tanya, dia seboleh2 cuba menafikan... tapi something was obviously wrong with her! selalu sgt jatuh... sgt blurr & sampai satu tahap yg kami perasan sgt2 tu dia sampai tak boleh nak baca slide group presentation kitaorg & kami terpaksa bacakan utk dia... lecturer2 jugak ramai yg perasan kelainan dia... sampai satu masa kami berbincang dgn salah seorg lecturer kami untuk membantu M & lecturer tersebut membawa M berjumpa doktor pakar... menurut doktor M menghidapi penyakit berkaitan dgn saraf... M kata mungkin ada kena mengena dgn kemalangan yg dialaminya sewaktu dia kecil... semenjak itu M membuat pemeriksaan ulangan di hospital universiti malangnya menurut M penyakitnya itu seperti tiada ubatnya, semakin hari penyakit bakal menjadi semakin teruk...
oleh kerana kesihatan M semakin tidak mengizinkan, kami & lecturer2 juga menasihati M supaya bercuti dari belajar buat sementara waktu, mungkin dia memerlukan rehat sementara penyakitnya itu sembuh... pada mulanya dia agak berkeras tapi setelah kami pujuk berkali2 akhirnya dia akur... kami sendiri risau, yg kami hanya sebagai rakan2 serumah yg juga turut belajar pada masa itu tak dpt memberikan perhatian & menjaga dia dgn baik... & pada pendapat kami, dia memerlukan sokongan keluarga pada saat2 sebegitu... setelah itu dia pun tinggal bersama keluarganya berehat sambil meneruskan rawatan...
tidak lama lepas nonie grad, alhamdulillah, M semakin sihat sedikit & kembali meneruskan pengajiannya... penyakitnya tidakla sembuh sepenuhnya tapi M cekal hati utk menamatkan pengajiannya... dia berjaya juga menamatkan pengajiannya walaupun agak lemah & terpaksa berkerusi roda sewaktu konvokesyen...
apabila nonie mula bekerja di johor baru nonie dpt tahu yg M semakin sakit kembali & berada di rumah parentsnya di KT... beberapa kali nonie berbincang dgn rakan2 utk pergi melawat tapi kesibukan & jarak yg semakin jauh membataskan pergerakan... isk, nonie patut lebih sungguh2 pada waktu itu!
pdnla 2,3 hari nie nonie tiba2 teringat pada dia... tup2 dpt berita ini dari R sahabat baik nonie... terasa jahat sekali tidak menjenguk M sebelum nonie berangkat ke sini... betapa alpanya nonie... mesti dia berkecil hati dgn kami semua... isk... pada waktu ini rakan2 sekolahnya sedang mengutip derma utk membantu M terus mendapatkan rawatan yg memerlukan kos yg agak tinggi... buat masa ini mungkin itu sahaja juga yg termampu nonie lakukan... nak call pun, menurut R, percakapnnya tak berapa lancar... R sendiri tak sanggup nak menalipon lagi mendengarkan kepayahan M berkata2... insyaAllah pulang ke Malaysia nanti nonie akan segera ajak abg melawat M di KT... nonie doakan semoga M tabah & cepat sembuh...
for my PPP friends, i think u guys know who am i talking about... kalau nak contribute something @ terasa nak melawat dia, u guys contactla R, my bestfriend kat KL tu...



