26 April, 2005
ANZAC Day!
Cam yg dijanjikan hari nie nonie pi ke city utk menyaksikan camna sebnarnya derang kat sini celebrate their ever famous ANZAC day… ANZAC day nie kiranya hari special utk Australian & rasanya utk New Zealand gak… hari nie hari cuti khas sempena memperingati jasa angkatan tentera derang yg berjuang masa perang… perang dunia pertama to be exact… tapi sekarang nie celebration nie merangkumi hampir semua badan beruniform yg berkhidmat dlm semua perang & bantuan kemanusian di seluruh negara… rasanya kalau nak samakan adalah lebih kurang macam Hari Angkatan Tentera @ Hari Polis kat Malaysia @ tak silap nonie ada Hari Pahlawan kot kat Malaysia kan?… full story bout ANZAC day can be read here.

Tapi on 2nd thought, jauh la gak sambutan ANZAC day nie nak dibandingkan ngan Hari Angkatan Tentera/Polis/Pahlawan kat Malaysia tu… nonie sgt impress la ngan semangat sambutan ANZAC day derang kat sini… kat mesia, hari2 utk memperingati pahlawan2 kita tu hanya stakat ‘hari’… yg celebrate hanyala angkatan2 tentera @ polis tu sendiri… adakan sambutan kat kem2 tentera @ balai polis jer @ mungkin kat tugu Negara kot… rakyat biasa yg lain kadang2 tak sedar pun yg hari tu sebnarnya Hari Angkatan Tentera/Polis/Pahlawan… takde cuti @ takdela sambutan besar2an pun…
Sambutan yg nonie saksikan tadi memang agak meriah, sambutan seluruh negara... ala2 perarakan Hari Kemerdekaan kita.. tapi memang khas utk veteran2 perang di Australia nie... seronok tengok pak cik2 askar yg dah pencen tu berkawad mengikut rejimen & pasukan masing2... tergambar kegembiraan & kebanggan di wajah mereka dapat berkawad semula setelah sekian lama... terpampang banyak medals kat dada mereka mewakili penghormatan2 yg dah dianugerahkan atas jasa2 mereka... ada juga yg masih kuat main pancaragam & yg mana dah tak larat gagahkan diri mengambil bahagian dengan kerusi roda @ menaiki jip askar @ kenderaan khas... mana2 yg dah meninggal dunia dlm pasukan tu plak diwakili oleh cucu @ anak utk berkawad bagi pihak mereka.... sepanjang2 jalan org ramai memberikan tepukan penghargaan atas perjuangan veteran2 tersebut membuatkan mereka rasa tambah bangga & gembira...
Perarakan tu berakhir di Shrine of Remembrance, tugu peringatan bagi pahlawan2 nie la…

dekat tugu tu sendiri dah beribu2 org berkumpul dari awal pagi even malam sebelumnya utk sambutan nie… yg menariknya ramai jugak yg ikut berkumpul tu remaja & kanak2 yg dibawa oleh ibu bapa mereka utk di ajar memperingati jasa datuk moyang mereka yg dah berjuang dlm perang dulu tu... kalau kat negara kita tu, anak2 muda hanya ramai berkumpul camni kalau ader konsert artis2... kalau bab2 semangat patriotik nie ntahla... paling2 meriah pun masa hari kebangsaan jerla, tapi masa hari kebangsaan kenkadang terasa cam dah komersial sgt, sbb ada artis2 la, kawad dari pihak2 swasta & macam2 persatuan, kereta berhiasla... macam2 lagila! kawad badan beruniform macam polis & askar & veteran perang dok kat celah2 @ belakang skali, jadik tenggelam... kenkadang org tak perasan pun...
Tanya balik diri sendiri, banyak manakah sebenarnya kita memperingati & mengenang jasa2 pahlawan yg dah berjuang utk negara kita dulu? Kadang2 nak bagi derma hari pahlawan pun payah... mungkin pihak kerajaan/swasta/NGO patut mewujudkan budaya seperti yg mereka ada di sini untuk mendedahkan kepada org ramai tentang perjuangan pahlawan2 kita dahulu... mungkin usaha tu dah sedia ada, tapi sambutan kurang... so, kita sebagai rakyat pun kena reflect balikla, kita hidup aman damai kat bumi Malaysia sekarang nie pun atas perjuangan derang dulu... contoh terdekat, Allahyarham Yusof Rono pahlawan Bukit Kepong yg meninggal baru2 nie... bila beliau dah meninggal barula orang nak kenang jasa beliau, bagi pingat macam2... sebelum tu kalau ikut apa yg dibaca dlm paper, janji tinggal janji jer...
hehe nie mmg peringatan utk diri sendiri gak nie, seorang yg sgtla tak minat sejarah...



