27 March, 2005
adikku sayang dlm ingatan sentiasa...
awal pagi tadi (waktu Malaysia) genap 3 tahun pemergian arwah Zaidi adik nonie tersayang (yg pakai baju hijau dok seblah mak dlm gambar family kat atas...)rasa macam baru sekejap berulang alik ke hospital melawat dia & mengharapkan dia akan kembali sembuh seperti sedia kala... tak sangka demam denggi yg dijangkitinya pada hari perkahwinan sepupu nonie, aboy, anak arwah mak long menjadi begitu serius...
2 minggu dia terlantar di wad hospital putrajaya... menerima drip setiap hari, melihat seorg demi seorg pesakit yg senasib dgnnya (pd waktu itu mmg musim demam denggi) kembali pulih dan meninggalkan wad tersebut sedangkan dia masih menjadi penunggu setia... dia juga mahu pulang... tapi paras platletnya masih terlampau rendah... sedih melihatkan keadaan seorang adik yg tegap tinggi, jauh lebih tinggi dari nonie sehinggakan nonie terpaksa mendongak kalau bercakap dgn dia sambil berdiri... terlantar lemah di atas katil...
kemudian, kami sekeluarga terpaksa kembali ke kuala lumpur setelah selesai kenduri aboy, sedangkan zaidi masih belum sembuh... jadi kami memohon utk memindahkan dia ke wad di HKL... dgn ditemani mak, dia pun dipindahkan dgn ambulan ke HKL... lebih hampir dgn rumah kami di wangsa maju pada waktu itu...
tiba di HKL dia berjalan terhoyong-hayang dipimpin mak kerana terpaksa berdiri di dlm lif & berjalan sendiri ke wad sedangkan sepatutnya disediakan kerusi roda dengan keadaan dia yg lemah begitu... nonie yakin setibanya dia di wad itu hatinya berasa kurang tenang kerana wad itu dipenuhi dgn pesakit2 yg rata2nya kelihatan begitu lemah tidak bermaya & botak kesan ubat-ubatan yg mereka terima... kami yang datang kemudian melawatnya juga turut rasa begitu... sebenarnya kebanyakkan pesakit2 di wad hematology tu menghidap penyakit leukimia & penyakit2 darah yg lain... oleh kerana doktor seperti kurang pasti dengan virus yang menyerangnya, Zaidi ditempatkan di wad tersebut untuk pemeriksaan darah yang lebih lanjut... lebih sedih lagi, doktor memberitahu kami pemeriksaan awal mereka mendapati kemungkinan Zaidi juga menghidap leukimia... walaupun belum dipastikan lagi, terasa berat hati kami menerima berita tersebut... mana mungkin adik nonie yg sihat walafiat begitu... hanya kerana demam yg tiba2 boleh disyaki menghidap leukemia?! sedangkan sebelum ini pun dia jarang2 sekali sakit... setahu nonie, org yg menghidap leukemia sakitnya lama... bertahun2... & selalunya dikesan semenjak kecil lagi...
namun hari demi hari keadaan zaidi tidak banyak berubah... kami sekeluarga memang menjadi penunggu & pengunjung setia wad itu... di situ barula kami sedar penderitaan yg dihadapi oleh pesakit2 leukemia & penyakit darah yg lain... masuk ke wad itu seperti masuk ke dunia lain... nyata sekali kebanyakkan pesakit2 di situ kuat semangat... di sebalik keadaan mereka yg lemah, muka yg pucat & rambut yg botak kesan kimoterapi, mereka masih mampu sentiasa tersenyum... hampir setiap masa berjalan kesana kemari dgn bertopeng menutup mulut & hidung utk mengelak dijangkiti kuman kerana antibodi mereka yg lemah...
Zaidi sendiri di diagnose menghidap Acute Lymphocytic Leukemia (ALL) seperti yang tercatat di board pesakit di kepala katilnya... dia sendiri sedar dgn keadaannya itu... walaupun berat menerimanya, tapi kami redha... doktor sendiri masih belum memberikan kepastian kerana masih menjalankan ujian2 untuk mengesan penyakit sebenar... sementara itu Zaidi juga terpaksa menjalani rawatan kimoterapi seperti pesakit leukimia yg lain... rawatan tersebut memang mempunyai kesan sampingan yg agak kuat kerana Zaidi kelihatan lebih lemah... namun, kami sentiasa memberikan peransang kepadanya... nonie sendiri mula banyak mencari maklumat mengenai penyakit ini & sering membawa artikel2 kepada Zaidi mengenai pesakit2 yg telah sembuh dari penyakit ini...
Zaidi sendiri agak tabah, walaupun dalam keadaan lemah & seringkali menghidapi demam yang tak menentu, dia jarang sekali mengeluh… Cuma ada kalanya dia kelihatan agak risau… masakan tidak, kalau dulu di Putrajaya seorang demi seorang pesakit di katil sekelilingnya sembuh dan pulang meninggalkan wad… di sini, seorang demi seorang meninggalkan wad dlm keranda besi… setiap kali ada pesakit yang meninggal dunia, kami akan segera menutup tabir disekeliling katil Zaidi supaya dia tidak merasa risau, walaupun kami sedar yg dia sebenarnya tahu apa yg berlaku… kami sentiasa memberinya kata2 peransang supaya dia kuatkan semangat & memberi alasan kebanyakkan pesakit2 tersebut sudah sakit terlalu lama & sudah berumur berbanding dia yg masih muda & baru menghidap penyakit itu…
Hampir setiap hari Zaidi mendapat rawatan kimoterapi, berpain2 darah & ntah berapa byk water drip dah diterimanya sehingga bengkak2 & melepuh tgnnya tempat cucukan drip2 tersebut, namun paras platletnya masih rendah… doktor seperti kehilangan punca kerana penyakitnya itu tidak memberikan sebarang respon kepada rawatan-rawatan yang diberikan… sudah 3 kali Zaidi melalui bone marrow test dimana sample tulang sumsum di ambil untul analisa sehingga kebiruan tulang pinggulnya… juga tidak memberikan sebarang jawapan yang pasti… sehingga kemudian dia dimasukkan ke wad ICU kerana platletnya semakin rendah… berderau darah nonie apabila mendapat panggilan di tempat kerja berita dia dimasukkan ke ICU… menurut doktor, mereka juga merasa hairan kerana sel darah putih Zaidi begitu aktif memakan sel darah merahnya & tidak memberi sebarang respon kepada rawatan2 yg mereka berikan… jarang sekali mereka melihat kes sebegini…
Zaidi menjadi semakin resah sepanjang berada di wad ICU tersebut kerana hanya dia seorang pesakit yang sedarkan diri… al maklum, di ICU semua pesakitnya kritikal dgn pelbagai punca penyakit & kesemuanya tidak sedarkan diri kecuali dia… lebih sedih apabila kebetulan seorang pesakit yang mempunyai nama yg sama dgnnya, Abg Zaidi dari wad yg sama turut dimasukkan ke ICU di katil sebelahnya juga dlm keadaan tidak sedarkan diri… sedangkan beberapa hari sebelum itu Abg Zaidi elok makan bersama, bergurau senda & memberikan semangat kepada dia… Abg Zaidi baru berkahwin tak sampai setahun… umurnya dalam lingkungan 30an… dia juga pada awalnya disyaki menghidapi demam denggi & di masukkan ke wad di salah sebuah hospital di Perak lebih kurang 2 bulan, kemudian dipindahkan ke HKL 2,3 hari selepas Zaidi dimasukkan ke wad tersebut untuk rawatan lanjut… dia juga seorang yg tegap & tinggi, ramah & ceria… rajin ke katil Zaidi untuk berbual2 & makan bersama… isterinya kecil molek sahaja… nonie pun dah lupa namanya… sentiasa setia menanti di katil suaminya sekian hari…
Malang sekali apabila dimasukkan ke ICU keadaan Abg Zaidi menjadi semakin kritikal, dihadapan mata Zaidi doktor2 bertungkus lumus memberikan rawatan kecemasan kepada Abg Zaidi, menekan2 dadanya memberikan bantuan CPR… Zaidi menjadi tidak keruan & menjerit meminta doktor supaya jangan menyakiti Abg Zaidi… mak yg turut berada di dalam wad ICU tersebut segera menenangkan Zaidi & menutup tirai yg memisahkan katilnya & katil Abg Zaidi… namun, Tuhan lebih menyayangi Abg Zaidi… kami yg berada di luar wad ICU sebak & hiba melihatkan keadaan isterinya yg begitu terkejut, rebah & diserang sawan tiba2 apabila mendapat berita itu… dia sendiri tidak dapat bertemu dgn suaminya semenjak Abg Zaidi dimasukkan ke wad ICU tersebut…
2,3 hari kemudian doktor di wad ICU meminta Zaidi di bawa keluar dari situ kerana keadaannya stabil & kesian melihatkan dia merasa tertekan dgn keadaan pesakit2 yg kritikal sedangkan dia seorang yg sedarkan diri & mampu bercakap2 di dalam wad itu… nasib baik jururawat2 & doktor2 di wad tersebut sgt baik hati & sentiasa menemankan Zaidi bergurau senda & berborak2… dlm keadaan yg lemah Zaidi sempat berseloroh kepada kami mengatakan dia seronok kerana di wad itu dia dimandikan oleh jururawat yg cantik2 :).
Zaidi kembali ke wad hematology & keadaannya kelihatan semakin baik… sudah mula berselera makan, boleh bergelak ketawa & bergaduh dgn Zairi, adik kami yg bongsu… sedara mara & rakan2 juga ramai yg dtg berkunjung memberi semangat kepada dia… kami juga mula rasa senang hati & sentiasa berdoa agar dia akan kembali sembuh…
2, hari kemudian Zaidi demam teruk kembali & platletnya jatuh semakin rendah… dia dimasukkan ke bilik berasingan di dalam wad tersebut utk mengelakkan lebih terdedah kepada kuman akibat antibodinya yg lemah… doktor mengatakan mungkin dia dijangkiti kuman daripada org2 yg dtg melawat… ptg selasa 26/3/2002 bacaan platlet Zaidi menjadi 0 & suhu badannya meningkat sgt tinggi hingga tidak dpt dibaca oleh termometer… doktor memberikan dia satu lagi jenis antibiotic yg belum diberikan kepadanya sebelum ini untuk mencuba melawan penyakit tersebut… tapi Zaidi begitu tenang, lansung tidak mengeluh kesakitan… sedangkan badannya kami rasakan panas seperti berdiang di unggun api… malahan tidak putus2 dia berzikir & lebih giat melakukan solat wajib & sunat yg memang jarang sekali dia tinggalkan semenjak di masukkan ke hospital… setiap kali terbatal wuduknya pasti dia meminta kami mengambilkan semula untuknya kerana katanya dia berasa sejuk dgn wuduk & ibadah yg dilakukan walaupun dlm keadaan kesakitan begitu… sampai satu masa ada jururawat yg marah apabila mendapati badan Zaidi sentiasa basah… bila kami beritahu itu wuduknya jururawat tersebut terdiam… petang itu juga dia meminta nonie membelikan mee hailam kegemarannya… tetapi sebaik nonie habis menyuapkan mee tersebut dia termuntah kembali… sedih nonie melihatkan keadaanya tapi nonie tahu dia sungguh2 melawan kesakitannya…
Tamat waktu melawat petang itu nonie & abah dgn berat hati meninggalkan Zaidi bersama mak, cium pipi & dahinya seperti biasa nonie lakukan setiap kali sebelum pulang & sungguh2 meminta dia kuatkan semangat & berjanji kami akan dtg lagi esok2 awal pagi… kebetulan ucu lan juga ada pada waktu itu & dia berpesan pada ucu lan supaya dibawakan untuknya sebotol air mineral yg sejuk esok…
Lebih kurang jam 2 pagi, kami dikejutkan dgn panggilan telefon… nonie dgn gementar mengangkat telefon & kedengaran suara mak teresak2 meminta kami segera ke hospital kerana Zaidi sudah dlm keadaan kritikal… bergegas nonie, abah & Zairi ke hospital membelah kedinginan pagi… redha dgn apa jua yg bakal kami hadapi…
Sampai di hospital muka mak kelihatan sungguh sugul sekali… masih bersisa air mata… Zaidi pula sudah tercungap2… kami sedar pada waktu itu masanya sudah hampir... dahinya berpeluh2 & mulutnya terkumat kamit menyebutkan kalimah “Allah! Allah!” berulang kali… nonie segera menghampiri kepalanya & mengajar utk mengucap… bila didengar suara nonie disisinya tiba2 kelihatan air matanya berlinangan… sebak sungguh rasa hati ini… tapi jelas sekali kami 3 beranak tenang menghadapi saat2 ini… mak juga sudah berhenti menangis & mula membaca surah yassin… abah juga berada di sisi Zaidi mengajarkan kalimah2 suci… nonie keluar sebentar utk segera menalifon saudara mara yg lain utk memberitahu keadaan Zaidi yg sudah nazak… sekembalinya nonie di muka pintu bilik khas itu, Zaidi pun pergi mengadap Tuhan dgn tenang sekali…. Tidak setitik pun air mata yg mengalir dari kami yg berada di situ pada waktu itu… malahan nonie sendiri yg mengkhabarkan pada doktor mengenai pemergian arwah selepas itu kerana kebetulan doktor bekejar ke tempat lain pada masa itu untuk menangani satu lagi kes kecemasan… Allah lebih menyayangi dirinya… dia pergi setelah genap 40 hari dia dimasukkan ke hospital…
jika diikutkan rasa hati sememangnya perasaan kami sekeluarga sedih tak terhingga… nonie sedih kehilangan seorang adik lelaki yg membesar bersama2… mak & abah sedih kehilangan seorang anak lelaki yg telah dibesarkan selama 18 tahun & Zairi sedih kehilangan seorang abang tempat dia bermanja & bergurau senda… tapi Zairi yg pada masa itu baru berada dalam darjah 3 juga turut tenang & tidak menangis lansung sehinggala saat selesai jenazah dimandi & dikafankan & sedia utk dikucup kali terakhir oleh ahli keluarga… saat itu memang sayu sekali… muka arwah Zaidi berseri2 & kelihatan seperti tersenyum… rasa sejuk dahinya saat dikucup… bila tiba giliran Zairi untuk mengucup dia kelihatan seperti baru tersedar yang dia telah kehilangan abangnya utk selama-lamanya membuatkan air matanya berlinangan… & bersungguh2 dia mengesat air mata supaya tidak menitis semasa mengucup jenazah… melihatkan keadaan itu ramai org yg melawat pada masa itu turut sedih & menangis…
ramai sekali yg dtg menziarah pada hari itu... kami juga tidak menyangka yg arwah punya sebegitu ramai rakan2... sewaktu di hospital dahulu kebanyakkan datang melawat bergilir2, nonie pun tak perasan... seingat nonie, nonie hanya maklumkan pemergiannya kepada kawan baiknya Hadi seorang sahaja... cikgu2 dari sekolahnya pun turut datang melawat... sewaktu sembahyang jenazah, surau penuh hingga ke belakang... terharu kami melihatkan keadaan tersebut... rupa2nya dia memang disenangi ramai rakan2 & guru2... jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di tanah perkuburan taman ibu kota, gombak…
sepanjang kami masih tinggal di wangsa maju hampir tiap2 minggu kami akan berkunjung ke tanah perkuburan tersebut untuk menziarah… pada mulanya memang susah untuk menerima hakikat orang yg kita sayangi pergi selama-lamanya… tapi setiap kali kami cuba tenteramkan kesedihan itu dgn mengingati perkara2 yg baik… semasa hidupnya pun arwah Zaidi jarang sekali berpeleseran kemana-mana seperti rakan-rakan sebayanya yg lain, lebih suka menghabiskan masa di rumah… sekali-sekala keluar dgn teman baiknya Hadi yg juga kami kenali baik budaknya… merokok pun dia tak suka, sedangkan rakan2nya semua merokok… sekali sekala dimarahi mak yg sememangnya tegas & garang pun dia jarang melawan… lebih suka berdiam diri…. Perginya dia pun dalam usia yang masih muda, InsyaAllah kurang dosanya… seringkali kelihatan dia berdoa & beramal sepanjang tempoh dia sakit semoga dia sempat untuk bertaubat di atas segala dosa2nya… malah perginya juga dlm keadaan yg begitu tenang… nonie juga tak berasa terkilan sangat sempat menunjukkan kasih sayang sebagai seorang kakak… sedangkan sewaktu dia sihat kami bukanla baik sangat… sering juga bergaduh macam2…. 2,3 hari selepas dia meninggal pun Zairi berkata dia selalu bermimpikan abangnya selalu tersenyum… berada di tempat yg cantik & ada perempuan yg cantik di kelilingnya… Zairi pun masih kanak-kanak pada waktu itu... lurus, tak mungkin dia mereka cerita... moga2 mimpi itu adalah kenyataan, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah sentiasa… Amin… Al-Fatihah… I do miss him so much!



