Google

03 March, 2005

khabar dari kak kiah

semalam dapat email dari housemate nonie masa kat Skudai dulu... dia baru balik dari menunaikan ibadah haji dengan suami dia... seronok sangat baca email dia...

Waalaikum salam Nonie,

Alhamdulillah... Kak Kiah dah balik ngan selamatnya...

Memang best, tak tahu nak cakap. Kak Kiah & hubby sihat, cuma hubby je demam
masa kat Madinah & MEkah. Kak Kiah, very mild batuk... lain-lain sihat
walafiat diberi Allah... Alhamdulillah.

Kak Kiah masa di sana sentiasa berdoa agar Allah berikan kesihatan pada
kami berdua, bukakan selera makan agar dapat buat urusan haji dgn sebaiknya
dan permudahkan segala urusan Haji Kak Kiah & hubby. Alhamdulillah, kami
berdua memang selera makan, tak kira lauk apa... sesungguhnya masa di Makkah
doa kita akan Allah kabulkan jika kita ikhlas berdoa padaNYA.

KAk Kiah, hubby & biras balik awal ke Mekah lepas bermalam di Mudzalifah.
Sampai di Mina, kami tak tunggu waktu melontar, terus balik ke Mekah sebab
Kak KIah takut dtg uzur... alhamdulillah sekali lagi kuasa Allah tak siapa
dapat halang.
Masa tawaf, orang tak ramai sangat, cuaca pun mendung walau pun waktu tu dah
nak masuk tengahari ( 10.30 pagi) Zuhur jam 12.30 tgh. Mula-mula nampak
macam matahari terang, bila masuk ke kwsn Kaabah, tawaf, awan lindung &
alhamdulillah sepjg tawaf, tak panas. Redup je... Menangis Kak Kiah masa
tawaf, bersyukur pd Allah & mengenangkan kemudahan yang Allah berikan pada
kami.
Balik dari Mekah tu kami terus ke tempat melontar Jamrah Aqabah.

Tempat melontar dah dibesarkan, Kak Kiah dan hubby & the geng ( kami group
KL 14 org je) sampai macam tak percaya masa p melontar first day kat Jamrah
Aqabah. Tak ada orang & kami boleh nampak tebing telaga tu. Kami jalan
masuk ke tepi telaga, lontar dgn mudah. Kuasa Allah.. berikan kemudahan pada
hambanya yang sentiasa memohon pada DIA.

Semasa di Mina pun, kami OK. Hujan turun dgn lebat, tempat melontar banjir,
ada yang hanyut di bawa air. Alhamdulillah kami Malaysian belum keluar lagi
ke Jamrah. Ada yang p nak buat Nafar awal, kena juga banjir tapi selamat,
alhamdulillah.
Di Mina Muassem, ada khemah yang basah teruk sampai tak boleh nak tidur
malam tu. Depa kena lari tidur di masjid dan ada yang tumpang member sebelah
Khemah yg Kak Kiah duduk & khemah hubby juga alhamdulillah, tilam kami
kering & selesa dlm khemah sampai hari balik ke Mekah.

Kami bertolak dari Mina dah ptg ( dkt nak masuk Maghrib), sampai di Makkah
jam 9.30 mlm. Esoknya, masa di Masjil Haram, ada org tanya Kak Kiah sama
ada dengar ke tidak bunyi atas masjid semalam masa Maghrib ke Isyak? Kak
Kiah cakaplah yang Kak Kiah blum sampai di Makkah masa tu. Kata sorang akak
tu, bunyi macam tentera berkuda or bunyi air kuat keluar dr bukit.

Bila balik sini baru dpt tahu dr sorang sister, dia kata orang yang selalu
pi Makkah tahulah... itu bunyi malaikat turun. Tapi cara turunnya pada
malam tu agak kasar. Wallahualam sebab apa begitu keadaan turunnya. ada
juga yang ada di masjid mlm tu tapi tak dgr apa-apa. Pelik tapi benar kan!!
Kuasa Allah semuanya....

Nak bercerita memang seronok, tapi tak tertulis semuanya. Nantilah bila
Nonie balik, kita cerita pjg...

Nonie sihat ke? TAk ada apa-apa lagi ka? Kot-kotlah dpt Aust citizen sorang
bawa balik M'sia.
Apa-apa pun, jaga diri baik-baik. As long as Nonie & hubby sihat,
Alhamdulillah..
OK Nonie, take care. Insya Allah, kita jumpa in the near future.

Salam sayang buat Nonie... KAk Kiah

moga-moga nanti nonie dan famili pun di murahkan rezeki untuk kembali ke tanah suci... AMIN! pengalaman menunaikan umrah dulu pun dah cukup manis... inikan pula kalau dapat menunaikan rukun Islam yang terakhir tu... mesti berbahagia rasanya...