14 January, 2005
ikhlas @ tak?
media barat nie tak habis2 la... dari dulu sampai sekarang ada jer modal nak kutuk2 umat Islam... hampeh btul! cuba baca artikel nie... menyakitkan hati betul!
awal2 dulu nonie pun tertanya2 juga, kenapa negara2 Islam yang rasanya agak kaya raya dengan hasil minyak tu seperti tak berapa menyumbang pun kepada mangsa2 tsunami ni... jauh beza kalau nak dibandingkan dengan bantuan mencurah2 dari negara barat... tapi bila difikir2 balik, lojik la... kalau pun negara2 Islam tu menyumbang banyak sekali pun... sapa yang nak buat liputan? banding la pulak media2 utama dunia ni sapa yang pegang... bukanla sesuatu yang mengejutkan bila benda jahat yang belum tentu betulnya tu yang kononya dilakukan ekstrimis Islam cepat sekali tersebar dan digembar-gemburkan... serupa jugala benda baik yang belum tentu ikhlasnya tu oleh negara-negara Barat terpampang ke seluruh dunia...
"Datuk Seri Syed Hamid Albar turut menafikan anggota OIC terutama negara Asia Barat lembap bertindak membantu mangsa tsunami di Aceh kerana penduduk Arab Saudi sebenarnya berjaya mengumpulkan RM950 juta (AS$250) bagi membantu memulihkan wilayah berkenaan."
Rencana yang ni pun menarik bagi menjawab artikel terawal tadi tu...
sebnarnya umat Islam & negara2 Islam sendiri perlu bangkit & cuba menguasai kembali ilmu2 yg pernah kita kuasai satu masa dahulu.. kalau tak, terus2anla kita akan iperkotak-katikkan camni :(
ada juga khabar berita ada pihak2 yg cuba cucuk jarum memesongkan akidah umat Islam yg menjadi mangsa tsunami tu... moga2 iman mereka kukuh & hanya menerima bantuan tetapi bukan dakwah pihak2 tersebut... AMIN!
sokong jugak pendirian Indonesia yang suruh semua askar2 asing tu keluar menjelang Mac.... kalau tak, ader jer peluang derang nak bertapak lama2 kat situ buat agenda lain...
tapi, tak baik jugak nak sangka buruk banyak2 moga2 semua sukarelawan yang terlibat tak kira la dari mana sekali pun, tak kira bangsa atau agama... ikhlas sekali membantu... kalaula ada peluang nonie pun teringin nak jadi sukarelawan... tapi hanya mampu bagi sumbangan kecil saja la dari sini... tu pun ada yg dah dibawak lari pencuri... isk!



